1. http://ciptaan-mulia.blogspot.my/p/konsep-jiran.html?m=1
2. http://www.khirkhalid.com/2014/03/gejala-hedonisme-di-malaysia.html
3. http://islamituindah.my/batas-pergaulan-lelaki-dan-perempuan
4. Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Dr. Alias Mat Saad (2016). Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd
Saturday, 18 March 2017
Kenali Kami
DIB6B SESI DISEMBER 2016 |
NAMA AHLI KUMPULAN/SIDANG REDAKSI MAJALAH:
1. NOORAISYAH JASMINE BINTI NAZARI (10DIB14F1036)
2. NUR LIYANA BINTI SUHAIMI (10DIB14F1020)
3. NUR FA'IZAH BINTI MAHAMUD (10DIB14F1062)
4. HUMAIRAH BINTI ASHRAF ALI (10DIB14F1082)
5. ROBBIATUL ADAWIAH BINTI SHAFIEE (10DIB14F1030)
LATAR BELAKANG MAJALAH
Mula ditubuhkan pada Mac 2017 bersempena dengan subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA6022).
Thursday, 16 March 2017
Konsep Kejiranan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)
DEFINISI
Dari segi Bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa
Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal
bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar
daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti
ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang megelilingi rumah individu. Hal ini
sebagaimana hadis riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah S.A.W iaitu:
Maksud-Nya : “Empat
puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W, walaupun jarak daripada
rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga
kita.
Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa
pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah.
Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni
oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni
oleh kita.
PEMBAHAGIAN JIRAN
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran
beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak
mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran
jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa’
ayat 36 iaitu:
Maksud-Nya : “Sembahlah
Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah
kepada dua orang ibu bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan
hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri”.
HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini
adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali
memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah
S.A.W iaitu:
Maksud-Nya : “Barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti
jirannya”.
Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa
mudarat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam, maka menghormati dan
tidak mengganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam
agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan
tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagi mana tidak membawa bahaya
dan mudarat.
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa
memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah
dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran
dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadis baginda. Antaranya
ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah S.A.W
iaitu:
Maksud-Nya : “Wahai
Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup)
maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.
Berdasarkan dalil-dalil daripda Al-Quran dan hadis, jelas
menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya
sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran
disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagi mana tidak merosakkan
akidah dan akhlak.
Etika Kewartawanan (Isu-isu Kontemporari)
Menurut Aminudin Basir (2009), media komunikasi tidak dapat dipisahkan
daripada mesej. Untuk memperoleh ,mesej yang telus dan benar, kebebasan
diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai
matlamat yang dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan
keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya
perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak
dan etika yang luhur. Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan
utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi dan amalan etika
pengamal media komunikasi negara.
Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam adalah seperti yang
berikut:
- Dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban
seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang jelas
- Dilarang menyiarkan berita berunsur fitnah
dalam pelbagai bentuk
- Dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah
- Tidak
harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting
- Seseorang
yang terlibat dengan tugasan mestilah memastikan kebenaran sesuatu berita
yang diperoleh
- Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah (jika
perlu)
- Tidak menyebarkan maklumat yang tidak jelas atau samar
Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah digubal oleh Jawatankuasa
Penggubal Tatasusila adalah seperti yang berikut:
- Tugas
utama wartawan ialah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai
untuk mendapatkan maklumat yang benar
- Dalam melaksanakan tugas, seorang wartawan perlu meghayati
kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat
ulasan dan kritikan yang saksama
- Wartawan
hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar,
filem dan dokumen
- Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah
diperbetulkan
- Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita
- Wartawan
hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri
dari plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah
dalam apa-apa jua bentuk sekalipun
- Wartawan
tidak boleh menyiarkan berita atau rencana yag bersifat perkauman dan
bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia
Penyebaran Fitnah (Isu-isu Kontemporari)
Suatu kisah yang telah diriwayatkan berdasarkan sebuah hadis
Rasulullah SAW boleh dijadikan teladan mengenai penyebaran fitnah.
Perbualan antara Rasulullah SAW dengan seorang sahabat, Rasulullah
SAW ditanya, “wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” lalu jawab Baginda,
“menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangya!” Kemudian
Baginda ditanya lagi, “bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?”
jawab Baginda, “kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah
ghibah, tetapi jika perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan
(pembohongan besar)”
Hadis tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa pembohongan
ataupun Ghibah (menyebut keburukan orang lain walupun benar) itu ialah sesuatu
perkara yang dikutuk di dalam Islam.
Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud
kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam
dalam Islam. Hal ini kerana, fitnah mampu mendatangkan kesan buruk ke atas
agama dan masyarakat ( Suhaimee & Rusyda Helma, 2012).
Fitnah boleh membawa kepada kepada kehancuran sesebuah masyarakat.
Tambahan pula dalam teknologi seperti Whatsapp, Facebook, laman sesawang,
telegram dan lain-lain. Dalam arus pemodenan dan diiringi dengan kemajuan dalam
teknologi dan kominikasi, manusia hari ini boleh menyebarkan fitnah dengan
cepat dan mudah. Teknologi maklumat menjadi pemangkin kepada penybaran fitnah
dalam media massa pada hari ini kerana keghairahan pengguna yang tidak
menggunakannya secara berhemah untuk perkara-perkara yang bermanfaat.
Batas-batas Pergaulan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)
Pengertian Pergaulan
Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan sebagai ikhtilat berasal
daripada kalimah “ khalata yakhlutu khaltan” yang bererti yang beerti
bercampur. [Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121
Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang ah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.
Hukum Pergaulan antara Lelaki dan Wanita
Hukum asal pergaulan anatara lelaki dan perempuan ajnabi (harus
nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada
nas yang sahih kerana tiada nas sahih mengenai kes ini. Pengharaman hanya
diasasakan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita
kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan anatara lelaki
dan perempuan ajnabi. Hukum-hukuk yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat
dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad
bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.
Namun, kebolehan ini tidak beerti bahawa batas-batas diantara keduanya menjadi lebur dan ikatan-ikatan syariah yang baku dilupakan. Yang perlu kita lakukan ialah bekerjasama dalam kebaikan serta tolong-menolong dalam kebajikan dan takwa, dalam batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umatnya. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul seperti :
1. Memelihara Pandangan
Pandangan yang dimaksudkan di sini ialah pandangan biasa bukan
bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau
perempuan.
Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam
firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud : “ Katakanlah olehmu (wahai
Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan
setengah dari pandangan mereka…”.
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “ Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari kedua-dua ayat itu dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandangkan seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.
2. Pertemuan
Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahramnya di tempat sunyi. Dalam konteks hari ini lebih dikenali dengan istilah
‘ khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu
di tempat yang sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Barang siapa yang beriman dengan Allah da hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Dari hadis di atas dapat disimpulakan bahawa Allah melarang pertemuan dia antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.
3. Menjaga Perkataan dan Mengawal Perbualan
Percakapn atau perbualan yang dimaksudkan ialah apabila dua orang
individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu
yang boleh mendatangkan syak wasangka.
Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tetentu atau urusan yang penting sahaja. Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutaman sekali kaum perempuan.
4. Bersetuhan Badan
Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana
anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.
Ia bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menimbulkan keinginan nafsu. Rasullulah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripadanya menyentuh seorang perempuan tidak halal baginya.”
Dari hadis diatas dapatlah ditafrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan peempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.
Sebenarnya pertemuan antara lelaki dan perempuan tidakharam,
melainkan jaiz (boleh). Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila
bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal soleh
kebajikan, perjuangan atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik lelaki
maipun perempuan.
Hiburan Melampau (Hedonisme) (Isu-isu Kontemporari)
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun
kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam
kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.
Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh
memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada
pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah
meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar
ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi
sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis
rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud:
“Sesungguhnya abu bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada
dua gadis hamba daripada orng ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang
dinyanyikan oleh orang ansar pada hari peperangan bu’ath. Aku berkata,
kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu bakar berkata, adakah di rumah nabi
ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya
aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar, sesungguhnya setiap kamu ada
hari rayanya dan ini adalah hari raya kita” (Ibnu majah)
Punca Hiburan Melampau
Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya
fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media
elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.
Pengaruh tontonan, tayangan televisi (profil sinetron, liputan
tokoh selebriti dan iklan) juga mengundang mahasiswa untuk mengejar hedonisme.
Isinya banyak mengupas tema tema berpacaran, ciuman, pelukan, perceraian,
pernikahan. ‘Cubalah dan lakukanlah!’ seolah-olah beginilah ajakan misi
mediamassa dan majalah yang tidak banyak mendidik, kecuali hanya banyak
menghibur.
Selain itu, ia terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya
keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh
terjadi dalam keluarga yang berpecah belah, tetapi juga dalam keluarga yang
berjaya. Konflik diri yang melanda diri dan jiwa golongan remaja juga menjadi
punca berlakunya hedonisme. Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan
rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga
memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak
mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan
rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan Cara itu, mereka
dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan
bersama kawan-kawan.
Di samping itu, keseronokan itu sebagai ‘trend’. Hedonisme yang
semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan
sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam
hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja
pada masa kini. Bagi mereka hidup dalam usia-muda hanya sekali. Oleh sebab itu,
mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya
agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan
Langkah Mengatasi
1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang
berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan
perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup
terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.
3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan
sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.
4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap
agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang
mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu
bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Kesimpulannya, negara kita mengalami
pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi
perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa
masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka
yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang
berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu
bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak anak mereka supaya
menjadi generasi yang berguna pada masa hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)