Setiap umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi
melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.
Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk orang yang berkongsi ayah
dan ibu, iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga terjadi menerusi perkahwinan
yang seterusnya (ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.
Menurut Mahmud Muhammad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi
menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara juga boleh terjadi menerusi
penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan. Kesan daripada hubungan inilah,
lahirya ungkapan “saudaraku” atau “wahai saudaraku” apabila mereka memanggil orang
yang dikenali.
Persaudaraan menerusi akidah pula ialah persaudaraan atas
perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai “ saudara seagama” atau
“saudara di sini Tuhan”. Persaudaraan sebegini merupakan persaudaraan menurut
konteks keimanan. Islam telah membezakan antara persaudaraan keimanan dengan
persaudaraan darah, selain meninggikan darjat persaudaraan keimanan. Ketinggian
darjat yang dianugerahkan itu disebabkan oleh persaudaraan yang terbentuk
daripada unsur-unsur rohaniah yang keakrabannya sukar dipertandingi
persaudaraan darah (Mahmud Muhammad Babeli, 2002). Contoh persaudaraan melalui
akidah ialah tindakan Rasulullah SAW mempersaudarakan dua golongan, iaitu
antara kaum Muhajirin dengan Ansar. Persaudaraan iman antara dua golongan ini
telah mendorong sesetangah orang dalam kalangan kaum Ansar untuk menawarkan
kepada saudaranya (daripada kaum Muhajirin) perkongsian harta supaya dapat
memilih salah seorang daripada kedua-dua orang dikahwini oleh saudaranya Si
Muhajirin setelah perempuan itu habis tempoh idah. Hal ini dilakukan tanpa
berasa kesal atau teragak-agak kerana tawaran yang jujur ini tercetus daripada
kerelaan hatinya sendiri.
Islam menggesa umatnya memperkukuhkan hubungan persaudaraan dalam
kalangan umatnya. Untuk merealiasikan konsep persaudaraan dalam Islam ini,
beberapa perkara perlu dilaksanakan seperti yang berikut :
1. Kasih sayang dan
benci hanya kerana ALLAH SWT.
Persaudaraan yang sebenar ialah perhubungan erat antara satu jiwa
dengan jiwa yang lain sehingga dapat menenangkan dan mendamaikan hati antara
mereka di samping saling berpesan dan menasihati demi kebaikan dan kebenaran.
Dalam al-Quran Allah SWT telah menjelaskan perkara-perkara yang
disuka dan dibenci. Allah SWT suka akan orang-orang yang berbuat kebaikan,
bertaubat, membersihkan diri, bertakwa dan bersabar, manakala Dia membenci
orang-orang yang selalu membuat kejahatan, khianat serta sombong. Allah SWT
juga tidak menyukai orang-orang yang mendedahkan keburukan (keaiban) orang lain
melainkan jika ia dizalimi.
2. Mengutamakan
orang lain.
Sikap mengutamakan orang lain hanya boleh berlaku dengan
keikhlasan dan kerelaan hati. Sikap ini dipandang tinggi kerana seseorang yang
mengutamakan orang lain biasanya akan memberikan haknya atau kepentingannya
deni mencari keredhaan Allah SWT tanpa balasan bagi amalannya.
Secebis kisah tentang mengutmakan orang lain seperti yang
diceritakan oleh al-Qurtubi seperti yang berikut:
Aku berjalan pada hari berlakunya peperangan Yamuk bagi mencari
sepupuku, bersama aku terdapat sedikit air. Aku berkata kepada diri aku
ssendiri: Sekiranya sepupuku masih hidup, aku akan memberikannya minum. Tatkala
aku bertemu dengannya, aku berkata kepadanya, “boleh aku memberikan engkau
minum?” lalu dia mengangguk tanda mahu. Pada masa itu juga, terdapat seorang
lelaki yang bersuara “ah, ah” (tanda dahaga), sepupuku terus menujukkan jarinya
kepada orang itu supaya aku memberikan minum kepada orang tersebut (sedangkan
sepupuku sendiri belum lagi minum). Orang itu ialah Hisyam bin al-As. Aku
berkata kepadanya, “boleh aku beri kamu minum ?” diapun mengangguk menunjukkan
dia mahu minum. Belum sempat aku memberikanya minum, dia mendengar seorang lain
bersuara “ah, ah”. Hisyam serta-merta menunjukkan aku kepada orang itu.
Malangnya orang itu sudah mati ketika aku sampai kepadanya. AKu kembali kepada
Hisyam, aku dapati dia juga sudah mati. Aku kembali kepada sepupuku untuk
memberinya minum, aku dapati dia juga sudah mati. Tiada seorang pun antara
mereka sempat minum kerana sifat yang mementingkan orang lain.
(Sumber: Al-Sayid Majid Fathi, 1993)
3. Bekerjasama
Peristiwa terbaik untuk menjelaskan tentang kerjasam antara umat
ialah perang Uhud. Rasulullah SAW telah memutuskan supaya bertahan di kota
Madinah. Namun, suara majoriti tentera ingin bartahan di luar kota Madinah.
Lalu, Rasulullah SAW telah melaksanakan keputusan majoriti
tersebut walaupun bertentangan dengan keputusan Baginda sendiri. Kerjasama
dalam pasukan amat penting dan harus bertitik tolak daripada perencanaan yang
rapi, di samping berserah dan bertawakal kepada Allah SWT.
Semangat kerjasama berpasukan akan wujud apabila sifat cinta dalam
diri seseorang MUslim yang mendorongnya untuk memberikan bantuan kepada
saudaranya demi mencari keredaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan
membiarkan seseorang itu berseorangan walaupun sedetik pun seperti sabda Nabi
SAW yang bermaksud :
“Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan
menunaikan hajatnya.”
4. Perasaan belas kasihan.
Menurut Tajul Ariffin (2014), kehidupan di dunia perlu mepunyai
perasaan belas kasihan sesama makhluk. Perasaan belas kasihan merujuk perasaan
sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang yang malang. Sifat ini akan
menjadikan umat Islam sebagai umat yang berjaya kerana dengan sifat inilah
gejala penindasan da perasaan dendam sesama umat Islam dapat dihindar.
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW menyifatkan perasaan belas
kasihan yang ada pada umat Islam seperti tubuh badan. Apabila ada anggotanya
yang sakit, maka seluruh badan akan merasai kesakitan tersebut. Rasulullah SAW
juga bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orag beriman dalam hal saling memantau,
mengasihi dan bersimpati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya berasa
sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan berasa demam.”
Sifat belas kasihan dapat ditermahkan dalam kehidupan seharian
dengan cara:
1.
Orang dewasa bersikap kasih dan
mengasihani orang lain yang kecil dan remaja.
2.
Orang muda pula sentiasa
menghormati orang tua.
3.
Orang kaya bersimpati dan dan
mengasihani orang miskin dengan memberikan sedekah dan bantuan kewangan kepada
mereka.
4.
Orang yang kuat tenaganya
perlu menolong yang lemah.
5.
Orang yang alim memberikan
tunjuk ajar kepada orang yang jahil supaya dapat memahami dan menghayati Islam
dengan cara betul.
5. Saling menasihati
Islam ialah agama yang menyeru umatnya untuk saling menasihati
antara satu sama lain. Kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada sejauh mana
umatnya saling berpesan dan ingat-mengingati tentang perkara-perkara kebaikan.
Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kelemahan manusia.
Oleh itu, manusia tidak boleh hidup besendirian kerana mereka saling memerlukan
antara satu sama lain.
Antara adab ketika memberikan nasihat adalah seperti berikut:
1. Niat yang baik
2. Memberikan nasihat tanpa diminta
3. Memberikan nasihat dengan cara yang
baik
4. Memberikan nasihat secara umum dalam
urusan agama dan dunia
5. Merahsiakan nasihat; nasihat secara
tertutup
Bagaimanakah cara kita memberikan nasihat kepada saudara seagama?
Terdapat berberapa perkara yang perlu dipatuhi ketika memberikan nasihat kepada
saudara kita. Etika dalam memberikan nasihat dijelaskan seperti yang berikut:
1.
Memberikan nasihat dengan kata-kata
yang lembut
2.
Memberikan nasihat dengan ikhlas
3.
Merahsiakan nasihat pada
tempat yang harus dirahsiakan
4.
Melaksanakan nasihat itu
terlebih dahulu menasihati orang lain
5.
Bersikap sabar ketika
memberikan nasihat
6. Saling membantu
sesama Islam
Kemanisan dalam persaudaraan dapat dibuktikan apabila perbuatan
tolong-menolong sesama insan itu dilaksanakan dalam keadaan senang atau susah.
Muhammad Zuhaili (2012) menegaskan bahawa dalam konsep persaudaran Islam,
sesebuah ikatan persaudaraan menjadi hebat apabila mereka mampu berkongsi sama
ada perkara yang gembira mahupun sedih. Namun, konsep ini sudah semakin jauh
dan tenggelam daripada kehidupan umat Islam. Kebanyakkan masyarakat pada hari
ini hanya bersama-sama tatkala senang dan gembira. Islam mengajar kita untuk
saling membantu sesama manusia. Seseorang yang membantu saudaranya akan
mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Berbuat baik akan dibalas baik. Jika
kita menerapkan sifat bantu-membantu kita akan dapat membentuk suasana
masyarakat yang harmoni dan saling percayai.
7. Saling
Bertanggungjawab
Bagaimana hendak melaksanakan tanggungjawab dalam kehidupan
seharian? Persoalan ini sering menjadi perbualan dalam kalangan umat Islam hari
ini. Sifat tanggungjawab berkait rapat dengan sifat amanah. Amalan-amalan yang
mendatangkan kegembiraan kepada seseorang Muslim ialah saling membantu dalam
melaksanakan keperluan sesama saudara kerana Allah SWT. Sesungguhnya,
memberikan memberikan kegembiraan kepada seorang muslim buknlah berbentuk
ucapan, malahan perlu memahami apa yang diucapkan itu. Sekiranya, anda berada
di puncak, kedudukan anda adalah dengan keendak Allah SWT, maka gunakanlah
kedudukan itu untuk membantu saudara yang lain. Kisah al-Mirdas bin Hudair
r.a., iaitu :
“aku berharap agar aku mempunyai dua badan. Satu badan berjihad
dan satu badan lagi berusaha menunaikan keperluan saudara Muslim”
No comments:
Post a Comment