Thursday, 16 March 2017

Etika Kewartawanan (Isu-isu Kontemporari)


Menurut Aminudin Basir (2009), media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Untuk memperoleh ,mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur. Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi dan amalan etika pengamal media komunikasi negara.
Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam adalah seperti yang berikut:

  1.  Dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang jelas
  2.   Dilarang menyiarkan berita berunsur fitnah dalam pelbagai bentuk
  3.   Dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah
  4.  Tidak harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting
  5.  Seseorang yang terlibat dengan tugasan mestilah memastikan kebenaran sesuatu berita yang diperoleh
  6.   Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah (jika perlu)
  7.   Tidak menyebarkan maklumat yang tidak jelas atau samar

Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila adalah seperti yang berikut:

  1.  Tugas utama wartawan ialah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar
  2.  Dalam melaksanakan tugas, seorang wartawan perlu meghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama
  3.  Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen
  4.   Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan
  5.   Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita
  6.   Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri dari plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa-apa jua bentuk sekalipun
  7.  Wartawan tidak boleh menyiarkan berita atau rencana yag bersifat perkauman dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia

No comments:

Post a Comment