Suatu kisah yang telah diriwayatkan berdasarkan sebuah hadis
Rasulullah SAW boleh dijadikan teladan mengenai penyebaran fitnah.
Perbualan antara Rasulullah SAW dengan seorang sahabat, Rasulullah
SAW ditanya, “wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” lalu jawab Baginda,
“menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangya!” Kemudian
Baginda ditanya lagi, “bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?”
jawab Baginda, “kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah
ghibah, tetapi jika perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan
(pembohongan besar)”
Hadis tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa pembohongan
ataupun Ghibah (menyebut keburukan orang lain walupun benar) itu ialah sesuatu
perkara yang dikutuk di dalam Islam.
Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud
kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam
dalam Islam. Hal ini kerana, fitnah mampu mendatangkan kesan buruk ke atas
agama dan masyarakat ( Suhaimee & Rusyda Helma, 2012).
Fitnah boleh membawa kepada kepada kehancuran sesebuah masyarakat.
Tambahan pula dalam teknologi seperti Whatsapp, Facebook, laman sesawang,
telegram dan lain-lain. Dalam arus pemodenan dan diiringi dengan kemajuan dalam
teknologi dan kominikasi, manusia hari ini boleh menyebarkan fitnah dengan
cepat dan mudah. Teknologi maklumat menjadi pemangkin kepada penybaran fitnah
dalam media massa pada hari ini kerana keghairahan pengguna yang tidak
menggunakannya secara berhemah untuk perkara-perkara yang bermanfaat.
No comments:
Post a Comment