Thursday, 16 March 2017

Hiburan Melampau (Hedonisme) (Isu-isu Kontemporari)



Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.

Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud:

“Sesungguhnya abu bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orng ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang ansar pada hari peperangan bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”     (Ibnu majah)

Punca Hiburan Melampau
Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.
    
Pengaruh tontonan, tayangan televisi (profil sinetron, liputan tokoh selebriti dan iklan) juga mengundang mahasiswa untuk mengejar hedonisme. Isinya banyak mengupas tema tema berpacaran, ciuman, pelukan, perceraian, pernikahan. ‘Cubalah dan lakukanlah!’ seolah-olah beginilah ajakan misi mediamassa dan majalah yang tidak banyak mendidik, kecuali hanya banyak menghibur.

Selain itu, ia terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berpecah belah, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya. Konflik diri yang melanda diri dan jiwa golongan remaja juga menjadi punca berlakunya hedonisme. Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan Cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.

Di samping itu, keseronokan itu sebagai ‘trend’. Hedonisme yang semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja pada masa kini. Bagi mereka hidup dalam usia-muda hanya sekali. Oleh sebab itu, mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan

Langkah Mengatasi
1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.
4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

     Kesimpulannya, negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada masa hadapan.



No comments:

Post a Comment