Saturday, 18 March 2017

Rujukan

1. http://ciptaan-mulia.blogspot.my/p/konsep-jiran.html?m=1
2. http://www.khirkhalid.com/2014/03/gejala-hedonisme-di-malaysia.html
3. http://islamituindah.my/batas-pergaulan-lelaki-dan-perempuan
4. Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Dr. Alias Mat Saad (2016). Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd

Kenali Kami

DIB6B SESI DISEMBER 2016


NAMA AHLI KUMPULAN/SIDANG REDAKSI MAJALAH:

1. NOORAISYAH JASMINE BINTI NAZARI (10DIB14F1036)
2. NUR LIYANA BINTI SUHAIMI (10DIB14F1020)
3. NUR FA'IZAH BINTI MAHAMUD (10DIB14F1062)
4. HUMAIRAH BINTI ASHRAF ALI (10DIB14F1082)
5. ROBBIATUL ADAWIAH BINTI SHAFIEE (10DIB14F1030)

LATAR BELAKANG MAJALAH

Mula ditubuhkan pada Mac 2017 bersempena dengan subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA6022).

Thursday, 16 March 2017

Konsep Kejiranan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)


DEFINISI
Dari segi Bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang megelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadis riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah S.A.W iaitu:
Maksud-Nya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.

Berdasarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W, walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga kita.
Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah.
Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

PEMBAHAGIAN JIRAN
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa’ ayat 36 iaitu:
Maksud-Nya : “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri”.

HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah S.A.W iaitu:
Maksud-Nya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya”.

Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa mudarat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam, maka menghormati dan tidak mengganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagi mana tidak membawa bahaya dan mudarat.

Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadis baginda. Antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah S.A.W iaitu:
Maksud-Nya : “Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.
Berdasarkan dalil-dalil daripda Al-Quran dan hadis, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagi mana tidak merosakkan akidah dan akhlak.


http://ciptaan-mulia.blogspot.my/p/konsep-jiran.html?m=1

Etika Kewartawanan (Isu-isu Kontemporari)


Menurut Aminudin Basir (2009), media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Untuk memperoleh ,mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur. Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi dan amalan etika pengamal media komunikasi negara.
Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam adalah seperti yang berikut:

  1.  Dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang jelas
  2.   Dilarang menyiarkan berita berunsur fitnah dalam pelbagai bentuk
  3.   Dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah
  4.  Tidak harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting
  5.  Seseorang yang terlibat dengan tugasan mestilah memastikan kebenaran sesuatu berita yang diperoleh
  6.   Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah (jika perlu)
  7.   Tidak menyebarkan maklumat yang tidak jelas atau samar

Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila adalah seperti yang berikut:

  1.  Tugas utama wartawan ialah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar
  2.  Dalam melaksanakan tugas, seorang wartawan perlu meghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama
  3.  Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen
  4.   Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan
  5.   Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita
  6.   Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri dari plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa-apa jua bentuk sekalipun
  7.  Wartawan tidak boleh menyiarkan berita atau rencana yag bersifat perkauman dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia

Penyebaran Fitnah (Isu-isu Kontemporari)


Suatu kisah yang telah diriwayatkan berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW boleh dijadikan teladan mengenai penyebaran fitnah.

Perbualan antara Rasulullah SAW dengan seorang sahabat, Rasulullah SAW ditanya, “wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” lalu jawab Baginda, “menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?” jawab Baginda, “kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)”

Hadis tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa pembohongan ataupun Ghibah (menyebut keburukan orang lain walupun benar) itu ialah sesuatu perkara yang dikutuk di dalam Islam.

Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam dalam Islam. Hal ini kerana, fitnah mampu mendatangkan kesan buruk ke atas agama dan masyarakat ( Suhaimee & Rusyda Helma, 2012).

Fitnah boleh membawa kepada kepada kehancuran sesebuah masyarakat. Tambahan pula dalam teknologi seperti Whatsapp, Facebook, laman sesawang, telegram dan lain-lain. Dalam arus pemodenan dan diiringi dengan kemajuan dalam teknologi dan kominikasi, manusia hari ini boleh menyebarkan fitnah dengan cepat dan mudah. Teknologi maklumat menjadi pemangkin kepada penybaran fitnah dalam media massa pada hari ini kerana keghairahan pengguna yang tidak menggunakannya secara berhemah untuk perkara-perkara yang bermanfaat.

Batas-batas Pergaulan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)


Pengertian Pergaulan
Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan sebagai ikhtilat berasal daripada kalimah “ khalata yakhlutu khaltan” yang bererti yang beerti bercampur. [Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang ah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

Hukum Pergaulan antara Lelaki dan Wanita
Hukum asal pergaulan anatara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sahih kerana tiada nas sahih mengenai kes ini. Pengharaman hanya diasasakan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan anatara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukuk yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.

Namun, kebolehan ini tidak beerti bahawa batas-batas diantara keduanya menjadi lebur dan ikatan-ikatan syariah yang baku dilupakan. Yang perlu kita lakukan ialah bekerjasama dalam kebaikan serta tolong-menolong dalam kebajikan dan takwa, dalam batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umatnya. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul seperti :

1. Memelihara Pandangan
Pandangan yang dimaksudkan di sini ialah pandangan biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.
Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud : “ Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka…”.

Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “ Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari kedua-dua ayat itu dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandangkan seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.

2. Pertemuan
Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi. Dalam konteks hari ini lebih dikenali dengan istilah ‘ khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat yang sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.

Dalam hal ini Rasullulah s.a.w  bersabda yang bermaksud : “ Barang siapa yang beriman dengan Allah da hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Dari hadis di atas dapat disimpulakan bahawa Allah melarang pertemuan dia antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.

3. Menjaga Perkataan dan Mengawal Perbualan
Percakapn atau perbualan yang dimaksudkan ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.

Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tetentu atau urusan yang penting sahaja. Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutaman sekali kaum perempuan.

4. Bersetuhan Badan
Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.

Ia bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menimbulkan keinginan nafsu. Rasullulah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripadanya menyentuh seorang perempuan tidak halal baginya.”

Dari hadis diatas dapatlah ditafrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan peempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.



Sebenarnya pertemuan antara lelaki dan perempuan tidakharam, melainkan jaiz (boleh). Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal soleh kebajikan, perjuangan atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik lelaki maipun perempuan.

Hiburan Melampau (Hedonisme) (Isu-isu Kontemporari)



Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.

Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud:

“Sesungguhnya abu bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orng ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang ansar pada hari peperangan bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”     (Ibnu majah)

Punca Hiburan Melampau
Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.
    
Pengaruh tontonan, tayangan televisi (profil sinetron, liputan tokoh selebriti dan iklan) juga mengundang mahasiswa untuk mengejar hedonisme. Isinya banyak mengupas tema tema berpacaran, ciuman, pelukan, perceraian, pernikahan. ‘Cubalah dan lakukanlah!’ seolah-olah beginilah ajakan misi mediamassa dan majalah yang tidak banyak mendidik, kecuali hanya banyak menghibur.

Selain itu, ia terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berpecah belah, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya. Konflik diri yang melanda diri dan jiwa golongan remaja juga menjadi punca berlakunya hedonisme. Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan Cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.

Di samping itu, keseronokan itu sebagai ‘trend’. Hedonisme yang semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja pada masa kini. Bagi mereka hidup dalam usia-muda hanya sekali. Oleh sebab itu, mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan

Langkah Mengatasi
1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.
4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

     Kesimpulannya, negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada masa hadapan.



Konsep Persaudaraan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)


Setiap umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.
  
Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk orang yang berkongsi ayah dan ibu, iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga terjadi menerusi perkahwinan yang seterusnya (ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.
  
Menurut Mahmud Muhammad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara juga boleh terjadi menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan. Kesan daripada hubungan inilah, lahirya ungkapan “saudaraku” atau “wahai saudaraku” apabila mereka memanggil orang yang dikenali.


 Persaudaraan menerusi akidah pula ialah persaudaraan atas perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai “ saudara seagama” atau “saudara di sini Tuhan”. Persaudaraan sebegini merupakan persaudaraan menurut konteks keimanan. Islam telah membezakan antara persaudaraan keimanan dengan persaudaraan darah, selain meninggikan darjat persaudaraan keimanan. Ketinggian darjat yang dianugerahkan itu disebabkan oleh persaudaraan yang terbentuk daripada unsur-unsur rohaniah yang keakrabannya sukar dipertandingi persaudaraan darah (Mahmud Muhammad Babeli, 2002). Contoh persaudaraan melalui akidah ialah tindakan Rasulullah SAW mempersaudarakan dua golongan, iaitu antara kaum Muhajirin dengan Ansar. Persaudaraan iman antara dua golongan ini telah mendorong sesetangah orang dalam kalangan kaum Ansar untuk menawarkan kepada saudaranya (daripada kaum Muhajirin) perkongsian harta supaya dapat memilih salah seorang daripada kedua-dua orang dikahwini oleh saudaranya Si Muhajirin setelah perempuan itu habis tempoh idah. Hal ini dilakukan tanpa berasa kesal atau teragak-agak kerana tawaran yang jujur ini tercetus daripada kerelaan hatinya sendiri.


Islam menggesa umatnya memperkukuhkan hubungan persaudaraan dalam kalangan umatnya. Untuk merealiasikan konsep persaudaraan dalam Islam ini, beberapa perkara perlu dilaksanakan seperti yang berikut :

1. Kasih sayang dan benci hanya kerana ALLAH SWT.
Persaudaraan yang sebenar ialah perhubungan erat antara satu jiwa dengan jiwa yang lain sehingga dapat menenangkan dan mendamaikan hati antara mereka di samping saling berpesan dan menasihati demi kebaikan dan kebenaran.

Dalam al-Quran Allah SWT telah menjelaskan perkara-perkara yang disuka dan dibenci. Allah SWT suka akan orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaubat, membersihkan diri, bertakwa dan bersabar, manakala Dia membenci orang-orang yang selalu membuat kejahatan, khianat serta sombong. Allah SWT juga tidak menyukai orang-orang yang mendedahkan keburukan (keaiban) orang lain melainkan jika ia dizalimi.

2. Mengutamakan orang lain.
Sikap mengutamakan orang lain hanya boleh berlaku dengan keikhlasan dan kerelaan hati. Sikap ini dipandang tinggi kerana seseorang yang mengutamakan orang lain biasanya akan memberikan haknya atau kepentingannya deni mencari keredhaan Allah SWT tanpa balasan bagi amalannya.

Secebis kisah tentang mengutmakan orang lain seperti yang diceritakan oleh al-Qurtubi seperti yang berikut:

Aku berjalan pada hari berlakunya peperangan Yamuk bagi mencari sepupuku, bersama aku terdapat sedikit air. Aku berkata kepada diri aku ssendiri: Sekiranya sepupuku masih hidup, aku akan memberikannya minum. Tatkala aku bertemu dengannya, aku berkata kepadanya, “boleh aku memberikan engkau minum?” lalu dia mengangguk tanda mahu. Pada masa itu juga, terdapat seorang lelaki yang bersuara “ah, ah” (tanda dahaga), sepupuku terus menujukkan jarinya kepada orang itu supaya aku memberikan minum kepada orang tersebut (sedangkan sepupuku sendiri belum lagi minum). Orang itu ialah Hisyam bin al-As. Aku berkata kepadanya, “boleh aku beri kamu minum ?” diapun mengangguk menunjukkan dia mahu minum. Belum sempat aku memberikanya minum, dia mendengar seorang lain bersuara “ah, ah”. Hisyam serta-merta menunjukkan aku kepada orang itu. Malangnya orang itu sudah mati ketika aku sampai kepadanya. AKu kembali kepada Hisyam, aku dapati dia juga sudah mati. Aku kembali kepada sepupuku untuk memberinya minum, aku dapati dia juga sudah mati. Tiada seorang pun antara mereka sempat minum kerana sifat yang mementingkan orang lain.

(Sumber: Al-Sayid Majid Fathi, 1993)


3. Bekerjasama
Peristiwa terbaik untuk menjelaskan tentang kerjasam antara umat ialah perang Uhud. Rasulullah SAW telah memutuskan supaya bertahan di kota Madinah. Namun, suara majoriti tentera ingin bartahan di luar kota Madinah.
Lalu, Rasulullah SAW telah melaksanakan keputusan majoriti tersebut walaupun bertentangan dengan keputusan Baginda sendiri. Kerjasama dalam pasukan amat penting dan harus bertitik tolak daripada perencanaan yang rapi, di samping berserah dan bertawakal kepada Allah SWT.

Semangat kerjasama berpasukan akan wujud apabila sifat cinta dalam diri seseorang MUslim yang mendorongnya untuk memberikan bantuan kepada saudaranya demi mencari keredaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membiarkan seseorang itu berseorangan walaupun sedetik pun seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud : 

“Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya.”


4. Perasaan belas kasihan.
Menurut Tajul Ariffin (2014), kehidupan di dunia perlu mepunyai perasaan belas kasihan sesama makhluk. Perasaan belas kasihan merujuk perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang yang malang. Sifat ini akan menjadikan umat Islam sebagai umat yang berjaya kerana dengan sifat inilah gejala penindasan da perasaan dendam sesama umat Islam dapat dihindar.
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW menyifatkan perasaan belas kasihan yang ada pada umat Islam seperti tubuh badan. Apabila ada anggotanya yang sakit, maka seluruh badan akan merasai kesakitan tersebut. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orag beriman dalam hal saling memantau, mengasihi dan bersimpati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya berasa sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan berasa demam.”

Sifat belas kasihan dapat ditermahkan dalam kehidupan seharian dengan cara:

1.    Orang dewasa bersikap kasih dan mengasihani orang lain yang kecil dan remaja.
2.     Orang muda pula sentiasa menghormati orang tua.
3.    Orang kaya bersimpati dan dan mengasihani orang miskin dengan memberikan sedekah dan bantuan kewangan kepada mereka.
4.     Orang yang kuat tenaganya perlu menolong yang lemah.
5.     Orang yang alim memberikan tunjuk ajar kepada orang yang jahil supaya dapat memahami dan menghayati Islam dengan cara betul.

5. Saling menasihati 
Islam ialah agama yang menyeru umatnya untuk saling menasihati antara satu sama lain. Kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada sejauh mana umatnya saling berpesan dan ingat-mengingati tentang perkara-perkara kebaikan.

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kelemahan manusia. Oleh itu, manusia tidak boleh hidup besendirian kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Antara adab ketika memberikan nasihat adalah seperti berikut:
 1.  Niat yang baik
 2.  Memberikan nasihat tanpa diminta
 3.  Memberikan nasihat dengan cara yang baik
 4.  Memberikan nasihat secara umum dalam urusan agama dan dunia
 5.  Merahsiakan nasihat; nasihat secara tertutup

Bagaimanakah cara kita memberikan nasihat kepada saudara seagama? Terdapat berberapa perkara yang perlu dipatuhi ketika memberikan nasihat kepada saudara kita. Etika dalam memberikan nasihat dijelaskan seperti yang berikut:

1.    Memberikan nasihat dengan kata-kata yang lembut
2.     Memberikan nasihat dengan ikhlas
3.     Merahsiakan nasihat pada tempat yang harus dirahsiakan
4.     Melaksanakan nasihat itu terlebih dahulu menasihati orang lain
5.     Bersikap sabar ketika memberikan nasihat


6. Saling membantu sesama Islam
Kemanisan dalam persaudaraan dapat dibuktikan apabila perbuatan tolong-menolong sesama insan itu dilaksanakan dalam keadaan senang atau susah. Muhammad Zuhaili (2012) menegaskan bahawa dalam konsep persaudaran Islam, sesebuah ikatan persaudaraan menjadi hebat apabila mereka mampu berkongsi sama ada perkara yang gembira mahupun sedih. Namun, konsep ini sudah semakin jauh dan tenggelam daripada kehidupan umat Islam. Kebanyakkan masyarakat pada hari ini hanya bersama-sama tatkala senang dan gembira. Islam mengajar kita untuk saling membantu sesama manusia. Seseorang yang membantu saudaranya akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Berbuat baik akan dibalas baik. Jika kita menerapkan sifat bantu-membantu kita akan dapat membentuk suasana masyarakat yang harmoni dan saling percayai.


7. Saling Bertanggungjawab 
Bagaimana hendak melaksanakan tanggungjawab dalam kehidupan seharian? Persoalan ini sering menjadi perbualan dalam kalangan umat Islam hari ini. Sifat tanggungjawab berkait rapat dengan sifat amanah. Amalan-amalan yang mendatangkan kegembiraan kepada seseorang Muslim ialah saling membantu dalam melaksanakan keperluan sesama saudara kerana Allah SWT. Sesungguhnya, memberikan memberikan kegembiraan kepada seorang muslim buknlah berbentuk ucapan, malahan perlu memahami apa yang diucapkan itu. Sekiranya, anda berada di puncak, kedudukan anda adalah dengan keendak Allah SWT, maka gunakanlah kedudukan itu untuk membantu saudara yang lain. Kisah al-Mirdas bin Hudair r.a., iaitu :

aku berharap agar aku mempunyai dua badan. Satu badan berjihad dan satu badan lagi berusaha menunaikan keperluan saudara Muslim” 


Monday, 13 March 2017

Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem (Isu-isu Kontemporari)



Filem juga merupakan media seni hiburan yang menggabungkan keupayaan teknologi dan kemahiran seni persembahan. Hiburan yang disalurkan melalui media komunikasi ini dengan mudah dapat mempengaruhi masyarakat. Filem yang dihasilkan cuba disesuaikan dengan keperluan semasa penonton sehingga ianya dapat berkembang dengan popular. Inovasi teknologi filem sebagai media komunikasi kemudiannya menjadi media penting menyalurkan unsur-unsur hiburan yang bersifat komersial.

Di Malaysia, industri filem merupakan industri yang dianggap kecil untuk memenuhi keperluan 30.1 juta populasi rakyat Malaysia (Jabatan Perangkaan Malaysia 2016). Pihak kerajaan terpaksa bergelut untuk mempromosikan industri ini ke pasaran antarabangsa kerana terpaksa bersaing dengan kemasukan filem yang pelbagai dari Hollywood. Malah pihak kerajaan juga amat menitikberatkan industri filem mematuhi pelaksanaan syariat untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

Apatah lagi penghasilan filem Melayu sama ada secara lansung atau tidak sebenarnya menjadi tujuan agama. Filem merupakan salah satu alat proses pembelajaran yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Malah usaha untuk mempromosikan filem Melayu berunsurkan agama dan menepati syariat dapat membantu melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Namun mutakhir ini, filem seram semakin menjadi tarikan dalam masyarakat Malaysia . Kebanjiran filem seram adalah cuma satu trend ketika masyarakat kita sedang menggemari kisah mistik, dunia hantu dan apa sahaja yang berkaitan dengan fantasi. Namun, ada sesetengah pihak yang menyifatkan bahawa lambakan filem seram boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan diri remaja Islam termasuklah memesongkan akidah, merendahkan minda, tidak membantu mutu filem dan sekadar menguntungkan penerbit.


UNSUR-UNSUR YANG WUJUD DALAM FILEM SERAM

Perbomohan
Setelah diteliti, didapati bahawa unsur perbomohan di dalam filem ‘khurafat’ adalah merupakan unsur yang paling utama dan menonjol dan ia merupakan salah di sisi hukum syarak serta bertentangan dengan akidah.
Di dalam filem ini, unsur perbomihan ditonjolkan ketika mana Johan membomohkan Anna (bekas kekasihnya), bagi mendapatkan perhatian dan rasa tercabar di atas penolakan Anna terhadap dirinya sebelum ini. Johan mendapat khidmat bomoh dengan mengenakan minyak senyonyong/minyak dagu yang diperolehi daripada seorang mayat lelaki. Bomoh tersebut mengingatkan Johan bahawa roh yang terdapat dalam badan Anna adalah daripada mayat lelaki tersebut.
Oleh itu, unsur perbomohan di dalam filem ini adalah menyalahi dengan etika perbomohan Islam yang sebenar serta hukum syarak dan telah bertentangan dengan akidah Islam. Selain itu, terdapat juga unsur-unsur penggunaan jampi serapah oleh bomoh yang tidak dapat difahamai makna bacaannya. Dalam filem tersebut, semasa ritual pemujaan dijalankan, bomoh tersebut akan embaca mantera dan jampi yang bertujuan menyeru “benda” yang dibelanya bagi meminta bantuan dalam menjayakan agenda mereka itu.
Dalam Islam, jampi yang dibenarkan adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya atau apa sahaja yang sabut dengan al-Sunnah, jampi yang digunakan juga mestilah dalam Bahasa Arab dan diketahui maknanya. Selain itu, ia juga tidak boleh beriktikad bahawa jampi itu memberi kesan manfaat dengan sebab dirinya sendiri, bahkan wajib beriktikad ia dengan takdir Allah S.W.T. jampi yang diharamkan ialah jampi yang mengandungi doa atau permintaan dan minta perlindungan dengan makhluk selain Allah S.W.T. ataupun jampi yang disebut nama-nama syaitan. Begitu juga haram jampi yang mana penjampinya/bomoh beriktikad bahawa jampi itu mempunyai kuasanya sendiri tanpa keizinan Allah S.W.T.

Khurafat Dan Tahyul
Unsur-unsur khurafat dan tahyul ini jelas dalam filem “khurafat” dan “sumpahan kum-kum”. Dalam filem khurafat, unsur khurafat yang jelas dapat dilihat adalah ketika mana watak Johan yang perlu menghantar jenazah Anna (bekas kekasihnya) yang mati kerana membunuh diri ke kampung. Dalam perjalanan penghataran jenazah tersebut, tiba-tiba radio yang sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran terhenti, sejurus itu, pemandu van tersebut menoleh ke belakang dan mendapati jenazah Anna berada disebelahnya dan mengakibatkan kemalangan. Setelah kematian tersebut, Johan dikejar oleh Anna bagi menuntut janji Johan untuk bersamanya.
Unsur-unsur khurafat dalam filem ini mampu memomokkan pemikiran penonton bahawa setiap jenazah atau mayat individu yang telah meninggal dunia boleh dihidupkan semula. Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan masyarakat takut mendekati jenazah dan menyakini bahawa setiap jenazah yang meninggal akibat disihir akan menjadi pocong bagi menuntut bela.
Begitu juga dalam filem Sumpahan Kum-Kum yang mana Mila menemui Mak bagi menghilangkan jerawat-jerawat di mukanya kerana malu dengan ejekan rakan-rakan di tempat kerjanya. Setelah itu Mak Mah mandikan Mila dengan air bunga dan kemudiannya memasukkan susuk di mukanya dengan syarat Mila tidak melihat cermin selama 44 hari. Semua amalan-amalan ini adalah bertentangan dengan apa yang diajarkan di dalam Islam. Islam mengajar umatnya bahawa setiap hajat atau pertolongan hendaklah dipohon kepada Allah. Malahan, dituntut untuk berusaha dan berikhtiar untuk mengubati penyakit yang dialami, akan tetapi haruslah menepati garis panduan syarak dan tidak menyekutu Allah dengan sesuatu.

Menyeru Roh Atau Hantu
Amalan dalam menyeru roh dan hantu sebenarnya bukanlah datang daripada si mati, tetapi ia adalah merupakan seruan kepada jin. Hal ini adalah disebabkan jin boleh menyerupai dan memasuki badan manusia serta mengeluarkan suara-suara tertentu dan aneh, seperti yang dapat dilihat dalam filem Nangkrong. Iaitu ditonjolkan adegan bomoh handal yang telah ditemui oleh Aman, Bada dan Cumi dengan menyeru “Puteri Laut” bagi memperolehi nombor ekor. Kebiasaan masyarakat pada hari ini gemar memohon bantuan melalui perantaraan seperti mana memuja kubur-kubur dan sebagainya bagi memperolehi kepentingan dan tujuan tertentu.

KESIMPULAN
Secara umum, filem mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan manusia. Dengan kewujudan pelbagai genre filem maka penerbit dapat berkarya untuk menyampai mesej dan idea-idea pemikiran mereka. Di Malaysia, kecenderungan industri filem menerbitkan filem seram telah banyak memberi implikasi kepada masyarakat. Rata-rata filem tersebut memaparkan unsur-unsur syirik yang boleh mengoyah akidah umat Islam. Walaupun tidak dinafikan, melalui filem mereka memperoleh banyak ilmu dan maklumat-maklumat baru yang tidak diketahui oleh mereka.

Namun, peratusan yang dicatatkan berkaitan dengan pengaruh filem seram ke atas penonton khususnya remaja adalah tinggi. Remaja cenderung untuk terpengaruh dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah dan pembangunan diri mereka. Ini kerana mereka sentiasa dimomokkan dengan situasi yang menakutkan dalam kehidupan seharian mereka seperti watak penonjolan hantu di bilik mandi, di kawasan perkuburan, kemunculan pocong-pocong dalam menuntut janji, dendam dan sebagainya.

Kesimpulannya, filem seram memberi pengaruh yang kuat kepada penonton sama ada kepada akidah dan pembangunan diri mereka. Oleh kerana itu, tontonan filem seram perlu diambil perhatian oleh semua pihak supaya isu syirik contohnya tidak lagi dipaparkan di dalam filem kerana ia merosakkan akidah dan melemahkan iman modal insan yang bakal menyumbang untuk pembangunan negara pada masa akan datang.

Integrasi Budaya Dalam Perayaan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)



Malaysia berasal daripada kerjaan-kerajaan melayu yang wujud di kawasan yang dari abad ke-18, menjadi tertakluk kepada empayar British. Wilayah-wilayah Semenanjung Malaysia telah mula bersatu sebagai Malayan Union pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Malaya bersatu dengan borneo utara, sarawak, dan singapura dikeluarkan dari Persekutuan. Oleh itu, Malaysia kini terdapat pelbagai agama dan budaya yang tersendiri seperti Agama Islam, Agama hindu, Agama Budha dan Agama Kristian.

Agama Islam
Agama Islam dianuti oleh orang-orang Melayu dan majoriti Bumiputra. Selain itu, agama islam mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Agama Islam turut merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Qurban dan juga hari Keputraan Nabi Muhammad. Tambahan pula, agama islam berpuasa di bulan Ramadhan dan orang Islam tidak memakan khinzir dan anjing.

Agama Budha
Agama budha dianuti oleh orang majoriti kaum cina. Selain itu, agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di india. Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu Cina, hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. Masyarakat buddha mempercayai nasib kehidupan semula selepas kematian. Selain itu, mempercayai nasib dan tuah yang yang disebut sebagai ‘ong’ dan juga ‘feng shui’.

Agama Hindu
Agama hindu dianuti oleh majoriti kaum india. Agama ini mengamalkan kepercayaan dewa-dewi. Masyarakat hindu merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta ponggal. Selain itu, mereka turut mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Selapas itu, mereka turut mempercayai Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.

Agama Kristian
Kebayakkan masyarakat agama kristian dianuti orang-orang cina, india dan bumiputra bukan islam yang lain. Mereka mengamalkan kepercayaan kepada Nabi isa sebagai anak tuhan yang digelar jesus kristus. Selain itu, masyarakat ini merayakan Hari krismas, Hari esther dan tahun baru. Masyarakat kristian beramal atau bersembahyang di gereja.


Dengan ini, Malaysia juga banyak perayaan yang ada dibumi Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi. Semua sambutan menandakan semeraknya nilai kemaufakatan, perpaduan dan keharmonian. Perang di alam maya sewaktu perayaan sewjarnya dijadikan pengajaran kepada yang sudah lama berkecimpung dalam politik. Emosi adalah keatas mood kepercayaan  dan ia boleh mengganggu kepercayaan ke atas sesetengah dari mereka yang cuba engambil kesempatan untuk meneruskan tradisi kebenciansesama ummah dan dalam kalangan masyarakat secara umum. Perayaan adalah salah satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan perpaduan. Kewajaran menjadikan perayaan sebagai alat integrasi yang boleh deperkukuhkan secara berterusan untuk memobilasi sokongan agar perpaduan sebagai rakyat malaysia yang bangga dengan amalan ini tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati nilai-nilai perkongsian bersama.