1. http://ciptaan-mulia.blogspot.my/p/konsep-jiran.html?m=1
2. http://www.khirkhalid.com/2014/03/gejala-hedonisme-di-malaysia.html
3. http://islamituindah.my/batas-pergaulan-lelaki-dan-perempuan
4. Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Dr. Alias Mat Saad (2016). Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd
Saturday, 18 March 2017
Kenali Kami
DIB6B SESI DISEMBER 2016 |
NAMA AHLI KUMPULAN/SIDANG REDAKSI MAJALAH:
1. NOORAISYAH JASMINE BINTI NAZARI (10DIB14F1036)
2. NUR LIYANA BINTI SUHAIMI (10DIB14F1020)
3. NUR FA'IZAH BINTI MAHAMUD (10DIB14F1062)
4. HUMAIRAH BINTI ASHRAF ALI (10DIB14F1082)
5. ROBBIATUL ADAWIAH BINTI SHAFIEE (10DIB14F1030)
LATAR BELAKANG MAJALAH
Mula ditubuhkan pada Mac 2017 bersempena dengan subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA6022).
Thursday, 16 March 2017
Konsep Kejiranan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)
DEFINISI
Dari segi Bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa
Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal
bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar
daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti
ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang megelilingi rumah individu. Hal ini
sebagaimana hadis riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah S.A.W iaitu:
Maksud-Nya : “Empat
puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W, walaupun jarak daripada
rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga
kita.
Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa
pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah.
Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni
oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni
oleh kita.
PEMBAHAGIAN JIRAN
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran
beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak
mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran
jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa’
ayat 36 iaitu:
Maksud-Nya : “Sembahlah
Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah
kepada dua orang ibu bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan
hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri”.
HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini
adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali
memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah
S.A.W iaitu:
Maksud-Nya : “Barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti
jirannya”.
Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa
mudarat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam, maka menghormati dan
tidak mengganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam
agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan
tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagi mana tidak membawa bahaya
dan mudarat.
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa
memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah
dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran
dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadis baginda. Antaranya
ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah S.A.W
iaitu:
Maksud-Nya : “Wahai
Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup)
maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.
Berdasarkan dalil-dalil daripda Al-Quran dan hadis, jelas
menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya
sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran
disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagi mana tidak merosakkan
akidah dan akhlak.
Etika Kewartawanan (Isu-isu Kontemporari)
Menurut Aminudin Basir (2009), media komunikasi tidak dapat dipisahkan
daripada mesej. Untuk memperoleh ,mesej yang telus dan benar, kebebasan
diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai
matlamat yang dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan
keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya
perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak
dan etika yang luhur. Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan
utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi dan amalan etika
pengamal media komunikasi negara.
Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam adalah seperti yang
berikut:
- Dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban
seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang jelas
- Dilarang menyiarkan berita berunsur fitnah
dalam pelbagai bentuk
- Dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah
- Tidak
harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting
- Seseorang
yang terlibat dengan tugasan mestilah memastikan kebenaran sesuatu berita
yang diperoleh
- Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah (jika
perlu)
- Tidak menyebarkan maklumat yang tidak jelas atau samar
Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah digubal oleh Jawatankuasa
Penggubal Tatasusila adalah seperti yang berikut:
- Tugas
utama wartawan ialah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai
untuk mendapatkan maklumat yang benar
- Dalam melaksanakan tugas, seorang wartawan perlu meghayati
kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat
ulasan dan kritikan yang saksama
- Wartawan
hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar,
filem dan dokumen
- Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah
diperbetulkan
- Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita
- Wartawan
hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri
dari plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah
dalam apa-apa jua bentuk sekalipun
- Wartawan
tidak boleh menyiarkan berita atau rencana yag bersifat perkauman dan
bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia
Penyebaran Fitnah (Isu-isu Kontemporari)
Suatu kisah yang telah diriwayatkan berdasarkan sebuah hadis
Rasulullah SAW boleh dijadikan teladan mengenai penyebaran fitnah.
Perbualan antara Rasulullah SAW dengan seorang sahabat, Rasulullah
SAW ditanya, “wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” lalu jawab Baginda,
“menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangya!” Kemudian
Baginda ditanya lagi, “bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?”
jawab Baginda, “kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah
ghibah, tetapi jika perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan
(pembohongan besar)”
Hadis tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa pembohongan
ataupun Ghibah (menyebut keburukan orang lain walupun benar) itu ialah sesuatu
perkara yang dikutuk di dalam Islam.
Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud
kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam
dalam Islam. Hal ini kerana, fitnah mampu mendatangkan kesan buruk ke atas
agama dan masyarakat ( Suhaimee & Rusyda Helma, 2012).
Fitnah boleh membawa kepada kepada kehancuran sesebuah masyarakat.
Tambahan pula dalam teknologi seperti Whatsapp, Facebook, laman sesawang,
telegram dan lain-lain. Dalam arus pemodenan dan diiringi dengan kemajuan dalam
teknologi dan kominikasi, manusia hari ini boleh menyebarkan fitnah dengan
cepat dan mudah. Teknologi maklumat menjadi pemangkin kepada penybaran fitnah
dalam media massa pada hari ini kerana keghairahan pengguna yang tidak
menggunakannya secara berhemah untuk perkara-perkara yang bermanfaat.
Batas-batas Pergaulan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)
Pengertian Pergaulan
Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan sebagai ikhtilat berasal
daripada kalimah “ khalata yakhlutu khaltan” yang bererti yang beerti
bercampur. [Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121
Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang ah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.
Hukum Pergaulan antara Lelaki dan Wanita
Hukum asal pergaulan anatara lelaki dan perempuan ajnabi (harus
nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada
nas yang sahih kerana tiada nas sahih mengenai kes ini. Pengharaman hanya
diasasakan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita
kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan anatara lelaki
dan perempuan ajnabi. Hukum-hukuk yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat
dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad
bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.
Namun, kebolehan ini tidak beerti bahawa batas-batas diantara keduanya menjadi lebur dan ikatan-ikatan syariah yang baku dilupakan. Yang perlu kita lakukan ialah bekerjasama dalam kebaikan serta tolong-menolong dalam kebajikan dan takwa, dalam batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umatnya. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul seperti :
1. Memelihara Pandangan
Pandangan yang dimaksudkan di sini ialah pandangan biasa bukan
bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau
perempuan.
Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam
firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud : “ Katakanlah olehmu (wahai
Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan
setengah dari pandangan mereka…”.
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “ Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari kedua-dua ayat itu dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandangkan seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.
2. Pertemuan
Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahramnya di tempat sunyi. Dalam konteks hari ini lebih dikenali dengan istilah
‘ khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu
di tempat yang sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Barang siapa yang beriman dengan Allah da hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Dari hadis di atas dapat disimpulakan bahawa Allah melarang pertemuan dia antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.
3. Menjaga Perkataan dan Mengawal Perbualan
Percakapn atau perbualan yang dimaksudkan ialah apabila dua orang
individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu
yang boleh mendatangkan syak wasangka.
Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tetentu atau urusan yang penting sahaja. Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutaman sekali kaum perempuan.
4. Bersetuhan Badan
Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana
anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.
Ia bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menimbulkan keinginan nafsu. Rasullulah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripadanya menyentuh seorang perempuan tidak halal baginya.”
Dari hadis diatas dapatlah ditafrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan peempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.
Sebenarnya pertemuan antara lelaki dan perempuan tidakharam,
melainkan jaiz (boleh). Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila
bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal soleh
kebajikan, perjuangan atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik lelaki
maipun perempuan.
Hiburan Melampau (Hedonisme) (Isu-isu Kontemporari)
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun
kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam
kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.
Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh
memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada
pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah
meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar
ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi
sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis
rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud:
“Sesungguhnya abu bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada
dua gadis hamba daripada orng ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang
dinyanyikan oleh orang ansar pada hari peperangan bu’ath. Aku berkata,
kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu bakar berkata, adakah di rumah nabi
ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya
aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar, sesungguhnya setiap kamu ada
hari rayanya dan ini adalah hari raya kita” (Ibnu majah)
Punca Hiburan Melampau
Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya
fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media
elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.
Pengaruh tontonan, tayangan televisi (profil sinetron, liputan
tokoh selebriti dan iklan) juga mengundang mahasiswa untuk mengejar hedonisme.
Isinya banyak mengupas tema tema berpacaran, ciuman, pelukan, perceraian,
pernikahan. ‘Cubalah dan lakukanlah!’ seolah-olah beginilah ajakan misi
mediamassa dan majalah yang tidak banyak mendidik, kecuali hanya banyak
menghibur.
Selain itu, ia terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya
keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh
terjadi dalam keluarga yang berpecah belah, tetapi juga dalam keluarga yang
berjaya. Konflik diri yang melanda diri dan jiwa golongan remaja juga menjadi
punca berlakunya hedonisme. Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan
rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga
memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak
mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan
rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan Cara itu, mereka
dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan
bersama kawan-kawan.
Di samping itu, keseronokan itu sebagai ‘trend’. Hedonisme yang
semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan
sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam
hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja
pada masa kini. Bagi mereka hidup dalam usia-muda hanya sekali. Oleh sebab itu,
mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya
agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan
Langkah Mengatasi
1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang
berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan
perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup
terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.
3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan
sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.
4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap
agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang
mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu
bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Kesimpulannya, negara kita mengalami
pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi
perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa
masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka
yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang
berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu
bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak anak mereka supaya
menjadi generasi yang berguna pada masa hadapan.
Konsep Persaudaraan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)
Setiap umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi
melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.
Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk orang yang berkongsi ayah
dan ibu, iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga terjadi menerusi perkahwinan
yang seterusnya (ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.
Menurut Mahmud Muhammad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi
menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara juga boleh terjadi menerusi
penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan. Kesan daripada hubungan inilah,
lahirya ungkapan “saudaraku” atau “wahai saudaraku” apabila mereka memanggil orang
yang dikenali.
Persaudaraan menerusi akidah pula ialah persaudaraan atas
perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai “ saudara seagama” atau
“saudara di sini Tuhan”. Persaudaraan sebegini merupakan persaudaraan menurut
konteks keimanan. Islam telah membezakan antara persaudaraan keimanan dengan
persaudaraan darah, selain meninggikan darjat persaudaraan keimanan. Ketinggian
darjat yang dianugerahkan itu disebabkan oleh persaudaraan yang terbentuk
daripada unsur-unsur rohaniah yang keakrabannya sukar dipertandingi
persaudaraan darah (Mahmud Muhammad Babeli, 2002). Contoh persaudaraan melalui
akidah ialah tindakan Rasulullah SAW mempersaudarakan dua golongan, iaitu
antara kaum Muhajirin dengan Ansar. Persaudaraan iman antara dua golongan ini
telah mendorong sesetangah orang dalam kalangan kaum Ansar untuk menawarkan
kepada saudaranya (daripada kaum Muhajirin) perkongsian harta supaya dapat
memilih salah seorang daripada kedua-dua orang dikahwini oleh saudaranya Si
Muhajirin setelah perempuan itu habis tempoh idah. Hal ini dilakukan tanpa
berasa kesal atau teragak-agak kerana tawaran yang jujur ini tercetus daripada
kerelaan hatinya sendiri.
Islam menggesa umatnya memperkukuhkan hubungan persaudaraan dalam
kalangan umatnya. Untuk merealiasikan konsep persaudaraan dalam Islam ini,
beberapa perkara perlu dilaksanakan seperti yang berikut :
1. Kasih sayang dan
benci hanya kerana ALLAH SWT.
Persaudaraan yang sebenar ialah perhubungan erat antara satu jiwa
dengan jiwa yang lain sehingga dapat menenangkan dan mendamaikan hati antara
mereka di samping saling berpesan dan menasihati demi kebaikan dan kebenaran.
Dalam al-Quran Allah SWT telah menjelaskan perkara-perkara yang
disuka dan dibenci. Allah SWT suka akan orang-orang yang berbuat kebaikan,
bertaubat, membersihkan diri, bertakwa dan bersabar, manakala Dia membenci
orang-orang yang selalu membuat kejahatan, khianat serta sombong. Allah SWT
juga tidak menyukai orang-orang yang mendedahkan keburukan (keaiban) orang lain
melainkan jika ia dizalimi.
2. Mengutamakan
orang lain.
Sikap mengutamakan orang lain hanya boleh berlaku dengan
keikhlasan dan kerelaan hati. Sikap ini dipandang tinggi kerana seseorang yang
mengutamakan orang lain biasanya akan memberikan haknya atau kepentingannya
deni mencari keredhaan Allah SWT tanpa balasan bagi amalannya.
Secebis kisah tentang mengutmakan orang lain seperti yang
diceritakan oleh al-Qurtubi seperti yang berikut:
Aku berjalan pada hari berlakunya peperangan Yamuk bagi mencari
sepupuku, bersama aku terdapat sedikit air. Aku berkata kepada diri aku
ssendiri: Sekiranya sepupuku masih hidup, aku akan memberikannya minum. Tatkala
aku bertemu dengannya, aku berkata kepadanya, “boleh aku memberikan engkau
minum?” lalu dia mengangguk tanda mahu. Pada masa itu juga, terdapat seorang
lelaki yang bersuara “ah, ah” (tanda dahaga), sepupuku terus menujukkan jarinya
kepada orang itu supaya aku memberikan minum kepada orang tersebut (sedangkan
sepupuku sendiri belum lagi minum). Orang itu ialah Hisyam bin al-As. Aku
berkata kepadanya, “boleh aku beri kamu minum ?” diapun mengangguk menunjukkan
dia mahu minum. Belum sempat aku memberikanya minum, dia mendengar seorang lain
bersuara “ah, ah”. Hisyam serta-merta menunjukkan aku kepada orang itu.
Malangnya orang itu sudah mati ketika aku sampai kepadanya. AKu kembali kepada
Hisyam, aku dapati dia juga sudah mati. Aku kembali kepada sepupuku untuk
memberinya minum, aku dapati dia juga sudah mati. Tiada seorang pun antara
mereka sempat minum kerana sifat yang mementingkan orang lain.
(Sumber: Al-Sayid Majid Fathi, 1993)
3. Bekerjasama
Peristiwa terbaik untuk menjelaskan tentang kerjasam antara umat
ialah perang Uhud. Rasulullah SAW telah memutuskan supaya bertahan di kota
Madinah. Namun, suara majoriti tentera ingin bartahan di luar kota Madinah.
Lalu, Rasulullah SAW telah melaksanakan keputusan majoriti
tersebut walaupun bertentangan dengan keputusan Baginda sendiri. Kerjasama
dalam pasukan amat penting dan harus bertitik tolak daripada perencanaan yang
rapi, di samping berserah dan bertawakal kepada Allah SWT.
Semangat kerjasama berpasukan akan wujud apabila sifat cinta dalam
diri seseorang MUslim yang mendorongnya untuk memberikan bantuan kepada
saudaranya demi mencari keredaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan
membiarkan seseorang itu berseorangan walaupun sedetik pun seperti sabda Nabi
SAW yang bermaksud :
“Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan
menunaikan hajatnya.”
4. Perasaan belas kasihan.
Menurut Tajul Ariffin (2014), kehidupan di dunia perlu mepunyai
perasaan belas kasihan sesama makhluk. Perasaan belas kasihan merujuk perasaan
sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang yang malang. Sifat ini akan
menjadikan umat Islam sebagai umat yang berjaya kerana dengan sifat inilah
gejala penindasan da perasaan dendam sesama umat Islam dapat dihindar.
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW menyifatkan perasaan belas
kasihan yang ada pada umat Islam seperti tubuh badan. Apabila ada anggotanya
yang sakit, maka seluruh badan akan merasai kesakitan tersebut. Rasulullah SAW
juga bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orag beriman dalam hal saling memantau,
mengasihi dan bersimpati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya berasa
sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan berasa demam.”
Sifat belas kasihan dapat ditermahkan dalam kehidupan seharian
dengan cara:
1.
Orang dewasa bersikap kasih dan
mengasihani orang lain yang kecil dan remaja.
2.
Orang muda pula sentiasa
menghormati orang tua.
3.
Orang kaya bersimpati dan dan
mengasihani orang miskin dengan memberikan sedekah dan bantuan kewangan kepada
mereka.
4.
Orang yang kuat tenaganya
perlu menolong yang lemah.
5.
Orang yang alim memberikan
tunjuk ajar kepada orang yang jahil supaya dapat memahami dan menghayati Islam
dengan cara betul.
5. Saling menasihati
Islam ialah agama yang menyeru umatnya untuk saling menasihati
antara satu sama lain. Kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada sejauh mana
umatnya saling berpesan dan ingat-mengingati tentang perkara-perkara kebaikan.
Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kelemahan manusia.
Oleh itu, manusia tidak boleh hidup besendirian kerana mereka saling memerlukan
antara satu sama lain.
Antara adab ketika memberikan nasihat adalah seperti berikut:
1. Niat yang baik
2. Memberikan nasihat tanpa diminta
3. Memberikan nasihat dengan cara yang
baik
4. Memberikan nasihat secara umum dalam
urusan agama dan dunia
5. Merahsiakan nasihat; nasihat secara
tertutup
Bagaimanakah cara kita memberikan nasihat kepada saudara seagama?
Terdapat berberapa perkara yang perlu dipatuhi ketika memberikan nasihat kepada
saudara kita. Etika dalam memberikan nasihat dijelaskan seperti yang berikut:
1.
Memberikan nasihat dengan kata-kata
yang lembut
2.
Memberikan nasihat dengan ikhlas
3.
Merahsiakan nasihat pada
tempat yang harus dirahsiakan
4.
Melaksanakan nasihat itu
terlebih dahulu menasihati orang lain
5.
Bersikap sabar ketika
memberikan nasihat
6. Saling membantu
sesama Islam
Kemanisan dalam persaudaraan dapat dibuktikan apabila perbuatan
tolong-menolong sesama insan itu dilaksanakan dalam keadaan senang atau susah.
Muhammad Zuhaili (2012) menegaskan bahawa dalam konsep persaudaran Islam,
sesebuah ikatan persaudaraan menjadi hebat apabila mereka mampu berkongsi sama
ada perkara yang gembira mahupun sedih. Namun, konsep ini sudah semakin jauh
dan tenggelam daripada kehidupan umat Islam. Kebanyakkan masyarakat pada hari
ini hanya bersama-sama tatkala senang dan gembira. Islam mengajar kita untuk
saling membantu sesama manusia. Seseorang yang membantu saudaranya akan
mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Berbuat baik akan dibalas baik. Jika
kita menerapkan sifat bantu-membantu kita akan dapat membentuk suasana
masyarakat yang harmoni dan saling percayai.
7. Saling
Bertanggungjawab
Bagaimana hendak melaksanakan tanggungjawab dalam kehidupan
seharian? Persoalan ini sering menjadi perbualan dalam kalangan umat Islam hari
ini. Sifat tanggungjawab berkait rapat dengan sifat amanah. Amalan-amalan yang
mendatangkan kegembiraan kepada seseorang Muslim ialah saling membantu dalam
melaksanakan keperluan sesama saudara kerana Allah SWT. Sesungguhnya,
memberikan memberikan kegembiraan kepada seorang muslim buknlah berbentuk
ucapan, malahan perlu memahami apa yang diucapkan itu. Sekiranya, anda berada
di puncak, kedudukan anda adalah dengan keendak Allah SWT, maka gunakanlah
kedudukan itu untuk membantu saudara yang lain. Kisah al-Mirdas bin Hudair
r.a., iaitu :
“aku berharap agar aku mempunyai dua badan. Satu badan berjihad
dan satu badan lagi berusaha menunaikan keperluan saudara Muslim”
Monday, 13 March 2017
Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem (Isu-isu Kontemporari)
Filem juga merupakan media seni hiburan yang menggabungkan
keupayaan teknologi dan kemahiran seni persembahan. Hiburan yang disalurkan
melalui media komunikasi ini dengan mudah dapat mempengaruhi masyarakat. Filem
yang dihasilkan cuba disesuaikan dengan keperluan semasa penonton sehingga ianya
dapat berkembang dengan popular. Inovasi teknologi filem sebagai media
komunikasi kemudiannya menjadi media penting menyalurkan unsur-unsur hiburan
yang bersifat komersial.
Di Malaysia, industri filem merupakan industri yang dianggap kecil
untuk memenuhi keperluan 30.1 juta populasi rakyat Malaysia (Jabatan Perangkaan
Malaysia 2016). Pihak kerajaan terpaksa bergelut untuk mempromosikan industri
ini ke pasaran antarabangsa kerana terpaksa bersaing dengan kemasukan filem
yang pelbagai dari Hollywood. Malah pihak kerajaan juga amat menitikberatkan
industri filem mematuhi pelaksanaan syariat untuk melahirkan modal insan kelas
pertama.
Apatah lagi penghasilan filem Melayu sama ada secara lansung atau
tidak sebenarnya menjadi tujuan agama. Filem merupakan salah satu alat proses
pembelajaran yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Malah usaha untuk
mempromosikan filem Melayu berunsurkan agama dan menepati syariat dapat
membantu melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Namun mutakhir ini, filem seram semakin menjadi tarikan dalam
masyarakat Malaysia . Kebanjiran filem seram adalah cuma satu trend ketika masyarakat kita sedang
menggemari kisah mistik, dunia hantu dan apa sahaja yang berkaitan dengan
fantasi. Namun, ada sesetengah pihak yang menyifatkan bahawa lambakan filem
seram boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan diri remaja Islam
termasuklah memesongkan akidah, merendahkan minda, tidak membantu mutu filem
dan sekadar menguntungkan penerbit.
UNSUR-UNSUR YANG WUJUD DALAM FILEM SERAM
Perbomohan
Setelah diteliti, didapati bahawa unsur perbomohan di dalam filem
‘khurafat’ adalah merupakan unsur yang paling utama dan menonjol dan ia
merupakan salah di sisi hukum syarak serta bertentangan dengan akidah.
Di dalam filem ini, unsur perbomihan ditonjolkan ketika mana Johan
membomohkan Anna (bekas kekasihnya), bagi mendapatkan perhatian dan rasa
tercabar di atas penolakan Anna terhadap dirinya sebelum ini. Johan mendapat
khidmat bomoh dengan mengenakan minyak senyonyong/minyak dagu yang diperolehi
daripada seorang mayat lelaki. Bomoh tersebut mengingatkan Johan bahawa roh
yang terdapat dalam badan Anna adalah daripada mayat lelaki tersebut.
Oleh itu, unsur perbomohan di dalam filem ini adalah menyalahi dengan
etika perbomohan Islam yang sebenar serta hukum syarak dan telah bertentangan
dengan akidah Islam. Selain itu, terdapat juga unsur-unsur penggunaan jampi
serapah oleh bomoh yang tidak dapat difahamai makna bacaannya. Dalam filem
tersebut, semasa ritual pemujaan dijalankan, bomoh tersebut akan embaca mantera
dan jampi yang bertujuan menyeru “benda” yang dibelanya bagi meminta bantuan
dalam menjayakan agenda mereka itu.
Dalam Islam, jampi yang dibenarkan adalah dengan menggunakan
ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya atau apa
sahaja yang sabut dengan al-Sunnah, jampi yang digunakan juga mestilah dalam
Bahasa Arab dan diketahui maknanya. Selain itu, ia juga tidak boleh beriktikad
bahawa jampi itu memberi kesan manfaat dengan sebab dirinya sendiri, bahkan
wajib beriktikad ia dengan takdir Allah S.W.T. jampi yang diharamkan ialah
jampi yang mengandungi doa atau permintaan dan minta perlindungan dengan
makhluk selain Allah S.W.T. ataupun jampi yang disebut nama-nama syaitan.
Begitu juga haram jampi yang mana penjampinya/bomoh beriktikad bahawa jampi itu mempunyai kuasanya sendiri tanpa
keizinan Allah S.W.T.
Khurafat Dan Tahyul
Unsur-unsur khurafat dan tahyul ini jelas dalam filem “khurafat”
dan “sumpahan kum-kum”. Dalam filem khurafat, unsur khurafat yang jelas dapat
dilihat adalah ketika mana watak Johan yang perlu menghantar jenazah Anna
(bekas kekasihnya) yang mati kerana membunuh diri ke kampung. Dalam perjalanan
penghataran jenazah tersebut, tiba-tiba radio yang sedang mengalunkan ayat-ayat
suci al-Quran terhenti, sejurus itu, pemandu van tersebut menoleh ke belakang
dan mendapati jenazah Anna berada disebelahnya dan mengakibatkan kemalangan. Setelah
kematian tersebut, Johan dikejar oleh Anna bagi menuntut janji Johan untuk
bersamanya.
Unsur-unsur khurafat dalam filem ini mampu memomokkan pemikiran
penonton bahawa setiap jenazah atau mayat individu yang telah meninggal dunia
boleh dihidupkan semula. Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan masyarakat
takut mendekati jenazah dan menyakini bahawa setiap jenazah yang meninggal
akibat disihir akan menjadi pocong bagi menuntut bela.
Begitu juga dalam filem Sumpahan Kum-Kum yang mana Mila menemui
Mak bagi menghilangkan jerawat-jerawat di mukanya kerana malu dengan ejekan
rakan-rakan di tempat kerjanya. Setelah itu Mak Mah mandikan Mila dengan air
bunga dan kemudiannya memasukkan susuk di mukanya dengan syarat Mila tidak
melihat cermin selama 44 hari. Semua amalan-amalan ini adalah bertentangan
dengan apa yang diajarkan di dalam Islam. Islam mengajar umatnya bahawa setiap
hajat atau pertolongan hendaklah dipohon kepada Allah. Malahan, dituntut untuk
berusaha dan berikhtiar untuk mengubati penyakit yang dialami, akan tetapi
haruslah menepati garis panduan syarak dan tidak menyekutu Allah dengan sesuatu.
Menyeru Roh Atau Hantu
Amalan dalam menyeru roh dan hantu sebenarnya bukanlah datang daripada si
mati, tetapi ia adalah merupakan seruan kepada jin. Hal ini adalah disebabkan
jin boleh menyerupai dan memasuki badan manusia serta mengeluarkan suara-suara
tertentu dan aneh, seperti yang dapat dilihat dalam filem Nangkrong. Iaitu
ditonjolkan adegan bomoh handal yang telah ditemui oleh Aman, Bada dan Cumi dengan
menyeru “Puteri Laut” bagi memperolehi nombor ekor. Kebiasaan masyarakat pada
hari ini gemar memohon bantuan melalui perantaraan seperti mana memuja
kubur-kubur dan sebagainya bagi memperolehi kepentingan dan tujuan tertentu.
KESIMPULAN
Secara umum, filem mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam
kehidupan manusia. Dengan kewujudan pelbagai genre filem maka penerbit dapat
berkarya untuk menyampai mesej dan idea-idea pemikiran mereka. Di Malaysia,
kecenderungan industri filem menerbitkan filem seram telah banyak memberi
implikasi kepada masyarakat. Rata-rata filem tersebut memaparkan unsur-unsur
syirik yang boleh mengoyah akidah umat Islam. Walaupun tidak dinafikan, melalui
filem mereka memperoleh banyak ilmu dan maklumat-maklumat baru yang tidak diketahui
oleh mereka.
Namun, peratusan yang dicatatkan berkaitan dengan pengaruh filem
seram ke atas penonton khususnya remaja adalah tinggi. Remaja cenderung untuk
terpengaruh dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah dan pembangunan
diri mereka. Ini kerana mereka sentiasa dimomokkan dengan situasi yang
menakutkan dalam kehidupan seharian mereka seperti watak penonjolan hantu di
bilik mandi, di kawasan perkuburan, kemunculan pocong-pocong dalam menuntut
janji, dendam dan sebagainya.
Kesimpulannya, filem seram memberi pengaruh yang kuat kepada penonton sama ada kepada akidah dan pembangunan diri mereka. Oleh kerana itu, tontonan filem seram perlu diambil perhatian oleh semua pihak supaya isu syirik contohnya tidak lagi dipaparkan di dalam filem kerana ia merosakkan akidah dan melemahkan iman modal insan yang bakal menyumbang untuk pembangunan negara pada masa akan datang.
Integrasi Budaya Dalam Perayaan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)
Malaysia berasal daripada kerjaan-kerajaan melayu yang wujud di
kawasan yang dari abad ke-18, menjadi tertakluk kepada empayar British.
Wilayah-wilayah Semenanjung Malaysia telah mula bersatu sebagai Malayan Union
pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Malaya bersatu
dengan borneo utara, sarawak, dan singapura dikeluarkan dari Persekutuan. Oleh
itu, Malaysia kini terdapat pelbagai agama dan budaya yang tersendiri seperti
Agama Islam, Agama hindu, Agama Budha dan Agama Kristian.
Agama Islam
Agama Islam dianuti oleh orang-orang Melayu dan majoriti
Bumiputra. Selain itu, agama islam mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan
Nabi Muhammad sebagai Rasul. Agama Islam turut merayakan Hari Raya Puasa, Hari
Raya Qurban dan juga hari Keputraan Nabi Muhammad. Tambahan pula, agama islam
berpuasa di bulan Ramadhan dan orang Islam tidak memakan khinzir dan anjing.
Agama Budha
Agama budha dianuti oleh orang majoriti kaum cina. Selain itu,
agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di india.
Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu Cina, hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan.
Masyarakat buddha mempercayai nasib kehidupan semula selepas kematian. Selain
itu, mempercayai nasib dan tuah yang yang disebut sebagai ‘ong’ dan juga ‘feng
shui’.
Agama Hindu
Agama hindu dianuti oleh majoriti kaum india. Agama ini
mengamalkan kepercayaan dewa-dewi. Masyarakat hindu merayakan Hari Deepavali,
Hari Thaipusam dan Pesta ponggal. Selain itu, mereka turut mempercayai balasan
baik dan buruk selepas kematian. Selapas itu, mereka turut mempercayai Sungai
Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.
Agama Kristian
Kebayakkan masyarakat agama kristian dianuti orang-orang cina,
india dan bumiputra bukan islam yang lain. Mereka mengamalkan kepercayaan
kepada Nabi isa sebagai anak tuhan yang digelar jesus kristus. Selain itu,
masyarakat ini merayakan Hari krismas, Hari esther dan tahun baru. Masyarakat
kristian beramal atau bersembahyang di gereja.
Dengan ini, Malaysia juga banyak perayaan yang ada dibumi Malaysia
seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan
pelbagai lagi. Semua sambutan menandakan semeraknya nilai kemaufakatan,
perpaduan dan keharmonian. Perang di alam maya sewaktu perayaan sewjarnya dijadikan
pengajaran kepada yang sudah lama berkecimpung dalam politik. Emosi adalah
keatas mood kepercayaan dan ia boleh mengganggu kepercayaan ke atas
sesetengah dari mereka yang cuba engambil kesempatan untuk meneruskan tradisi
kebenciansesama ummah dan dalam kalangan masyarakat secara umum. Perayaan
adalah salah satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan
perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan perpaduan. Kewajaran
menjadikan perayaan sebagai alat integrasi yang boleh deperkukuhkan secara
berterusan untuk memobilasi sokongan agar perpaduan sebagai rakyat malaysia
yang bangga dengan amalan ini tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin
yang tidak tahu hormati nilai-nilai perkongsian bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)