Thursday, 16 March 2017

Konsep Persaudaraan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)


Setiap umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.
  
Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk orang yang berkongsi ayah dan ibu, iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga terjadi menerusi perkahwinan yang seterusnya (ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.
  
Menurut Mahmud Muhammad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara juga boleh terjadi menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan. Kesan daripada hubungan inilah, lahirya ungkapan “saudaraku” atau “wahai saudaraku” apabila mereka memanggil orang yang dikenali.


 Persaudaraan menerusi akidah pula ialah persaudaraan atas perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai “ saudara seagama” atau “saudara di sini Tuhan”. Persaudaraan sebegini merupakan persaudaraan menurut konteks keimanan. Islam telah membezakan antara persaudaraan keimanan dengan persaudaraan darah, selain meninggikan darjat persaudaraan keimanan. Ketinggian darjat yang dianugerahkan itu disebabkan oleh persaudaraan yang terbentuk daripada unsur-unsur rohaniah yang keakrabannya sukar dipertandingi persaudaraan darah (Mahmud Muhammad Babeli, 2002). Contoh persaudaraan melalui akidah ialah tindakan Rasulullah SAW mempersaudarakan dua golongan, iaitu antara kaum Muhajirin dengan Ansar. Persaudaraan iman antara dua golongan ini telah mendorong sesetangah orang dalam kalangan kaum Ansar untuk menawarkan kepada saudaranya (daripada kaum Muhajirin) perkongsian harta supaya dapat memilih salah seorang daripada kedua-dua orang dikahwini oleh saudaranya Si Muhajirin setelah perempuan itu habis tempoh idah. Hal ini dilakukan tanpa berasa kesal atau teragak-agak kerana tawaran yang jujur ini tercetus daripada kerelaan hatinya sendiri.


Islam menggesa umatnya memperkukuhkan hubungan persaudaraan dalam kalangan umatnya. Untuk merealiasikan konsep persaudaraan dalam Islam ini, beberapa perkara perlu dilaksanakan seperti yang berikut :

1. Kasih sayang dan benci hanya kerana ALLAH SWT.
Persaudaraan yang sebenar ialah perhubungan erat antara satu jiwa dengan jiwa yang lain sehingga dapat menenangkan dan mendamaikan hati antara mereka di samping saling berpesan dan menasihati demi kebaikan dan kebenaran.

Dalam al-Quran Allah SWT telah menjelaskan perkara-perkara yang disuka dan dibenci. Allah SWT suka akan orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaubat, membersihkan diri, bertakwa dan bersabar, manakala Dia membenci orang-orang yang selalu membuat kejahatan, khianat serta sombong. Allah SWT juga tidak menyukai orang-orang yang mendedahkan keburukan (keaiban) orang lain melainkan jika ia dizalimi.

2. Mengutamakan orang lain.
Sikap mengutamakan orang lain hanya boleh berlaku dengan keikhlasan dan kerelaan hati. Sikap ini dipandang tinggi kerana seseorang yang mengutamakan orang lain biasanya akan memberikan haknya atau kepentingannya deni mencari keredhaan Allah SWT tanpa balasan bagi amalannya.

Secebis kisah tentang mengutmakan orang lain seperti yang diceritakan oleh al-Qurtubi seperti yang berikut:

Aku berjalan pada hari berlakunya peperangan Yamuk bagi mencari sepupuku, bersama aku terdapat sedikit air. Aku berkata kepada diri aku ssendiri: Sekiranya sepupuku masih hidup, aku akan memberikannya minum. Tatkala aku bertemu dengannya, aku berkata kepadanya, “boleh aku memberikan engkau minum?” lalu dia mengangguk tanda mahu. Pada masa itu juga, terdapat seorang lelaki yang bersuara “ah, ah” (tanda dahaga), sepupuku terus menujukkan jarinya kepada orang itu supaya aku memberikan minum kepada orang tersebut (sedangkan sepupuku sendiri belum lagi minum). Orang itu ialah Hisyam bin al-As. Aku berkata kepadanya, “boleh aku beri kamu minum ?” diapun mengangguk menunjukkan dia mahu minum. Belum sempat aku memberikanya minum, dia mendengar seorang lain bersuara “ah, ah”. Hisyam serta-merta menunjukkan aku kepada orang itu. Malangnya orang itu sudah mati ketika aku sampai kepadanya. AKu kembali kepada Hisyam, aku dapati dia juga sudah mati. Aku kembali kepada sepupuku untuk memberinya minum, aku dapati dia juga sudah mati. Tiada seorang pun antara mereka sempat minum kerana sifat yang mementingkan orang lain.

(Sumber: Al-Sayid Majid Fathi, 1993)


3. Bekerjasama
Peristiwa terbaik untuk menjelaskan tentang kerjasam antara umat ialah perang Uhud. Rasulullah SAW telah memutuskan supaya bertahan di kota Madinah. Namun, suara majoriti tentera ingin bartahan di luar kota Madinah.
Lalu, Rasulullah SAW telah melaksanakan keputusan majoriti tersebut walaupun bertentangan dengan keputusan Baginda sendiri. Kerjasama dalam pasukan amat penting dan harus bertitik tolak daripada perencanaan yang rapi, di samping berserah dan bertawakal kepada Allah SWT.

Semangat kerjasama berpasukan akan wujud apabila sifat cinta dalam diri seseorang MUslim yang mendorongnya untuk memberikan bantuan kepada saudaranya demi mencari keredaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membiarkan seseorang itu berseorangan walaupun sedetik pun seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud : 

“Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya.”


4. Perasaan belas kasihan.
Menurut Tajul Ariffin (2014), kehidupan di dunia perlu mepunyai perasaan belas kasihan sesama makhluk. Perasaan belas kasihan merujuk perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang yang malang. Sifat ini akan menjadikan umat Islam sebagai umat yang berjaya kerana dengan sifat inilah gejala penindasan da perasaan dendam sesama umat Islam dapat dihindar.
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW menyifatkan perasaan belas kasihan yang ada pada umat Islam seperti tubuh badan. Apabila ada anggotanya yang sakit, maka seluruh badan akan merasai kesakitan tersebut. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orag beriman dalam hal saling memantau, mengasihi dan bersimpati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya berasa sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan berasa demam.”

Sifat belas kasihan dapat ditermahkan dalam kehidupan seharian dengan cara:

1.    Orang dewasa bersikap kasih dan mengasihani orang lain yang kecil dan remaja.
2.     Orang muda pula sentiasa menghormati orang tua.
3.    Orang kaya bersimpati dan dan mengasihani orang miskin dengan memberikan sedekah dan bantuan kewangan kepada mereka.
4.     Orang yang kuat tenaganya perlu menolong yang lemah.
5.     Orang yang alim memberikan tunjuk ajar kepada orang yang jahil supaya dapat memahami dan menghayati Islam dengan cara betul.

5. Saling menasihati 
Islam ialah agama yang menyeru umatnya untuk saling menasihati antara satu sama lain. Kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada sejauh mana umatnya saling berpesan dan ingat-mengingati tentang perkara-perkara kebaikan.

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kelemahan manusia. Oleh itu, manusia tidak boleh hidup besendirian kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Antara adab ketika memberikan nasihat adalah seperti berikut:
 1.  Niat yang baik
 2.  Memberikan nasihat tanpa diminta
 3.  Memberikan nasihat dengan cara yang baik
 4.  Memberikan nasihat secara umum dalam urusan agama dan dunia
 5.  Merahsiakan nasihat; nasihat secara tertutup

Bagaimanakah cara kita memberikan nasihat kepada saudara seagama? Terdapat berberapa perkara yang perlu dipatuhi ketika memberikan nasihat kepada saudara kita. Etika dalam memberikan nasihat dijelaskan seperti yang berikut:

1.    Memberikan nasihat dengan kata-kata yang lembut
2.     Memberikan nasihat dengan ikhlas
3.     Merahsiakan nasihat pada tempat yang harus dirahsiakan
4.     Melaksanakan nasihat itu terlebih dahulu menasihati orang lain
5.     Bersikap sabar ketika memberikan nasihat


6. Saling membantu sesama Islam
Kemanisan dalam persaudaraan dapat dibuktikan apabila perbuatan tolong-menolong sesama insan itu dilaksanakan dalam keadaan senang atau susah. Muhammad Zuhaili (2012) menegaskan bahawa dalam konsep persaudaran Islam, sesebuah ikatan persaudaraan menjadi hebat apabila mereka mampu berkongsi sama ada perkara yang gembira mahupun sedih. Namun, konsep ini sudah semakin jauh dan tenggelam daripada kehidupan umat Islam. Kebanyakkan masyarakat pada hari ini hanya bersama-sama tatkala senang dan gembira. Islam mengajar kita untuk saling membantu sesama manusia. Seseorang yang membantu saudaranya akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Berbuat baik akan dibalas baik. Jika kita menerapkan sifat bantu-membantu kita akan dapat membentuk suasana masyarakat yang harmoni dan saling percayai.


7. Saling Bertanggungjawab 
Bagaimana hendak melaksanakan tanggungjawab dalam kehidupan seharian? Persoalan ini sering menjadi perbualan dalam kalangan umat Islam hari ini. Sifat tanggungjawab berkait rapat dengan sifat amanah. Amalan-amalan yang mendatangkan kegembiraan kepada seseorang Muslim ialah saling membantu dalam melaksanakan keperluan sesama saudara kerana Allah SWT. Sesungguhnya, memberikan memberikan kegembiraan kepada seorang muslim buknlah berbentuk ucapan, malahan perlu memahami apa yang diucapkan itu. Sekiranya, anda berada di puncak, kedudukan anda adalah dengan keendak Allah SWT, maka gunakanlah kedudukan itu untuk membantu saudara yang lain. Kisah al-Mirdas bin Hudair r.a., iaitu :

aku berharap agar aku mempunyai dua badan. Satu badan berjihad dan satu badan lagi berusaha menunaikan keperluan saudara Muslim” 


Monday, 13 March 2017

Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem (Isu-isu Kontemporari)



Filem juga merupakan media seni hiburan yang menggabungkan keupayaan teknologi dan kemahiran seni persembahan. Hiburan yang disalurkan melalui media komunikasi ini dengan mudah dapat mempengaruhi masyarakat. Filem yang dihasilkan cuba disesuaikan dengan keperluan semasa penonton sehingga ianya dapat berkembang dengan popular. Inovasi teknologi filem sebagai media komunikasi kemudiannya menjadi media penting menyalurkan unsur-unsur hiburan yang bersifat komersial.

Di Malaysia, industri filem merupakan industri yang dianggap kecil untuk memenuhi keperluan 30.1 juta populasi rakyat Malaysia (Jabatan Perangkaan Malaysia 2016). Pihak kerajaan terpaksa bergelut untuk mempromosikan industri ini ke pasaran antarabangsa kerana terpaksa bersaing dengan kemasukan filem yang pelbagai dari Hollywood. Malah pihak kerajaan juga amat menitikberatkan industri filem mematuhi pelaksanaan syariat untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

Apatah lagi penghasilan filem Melayu sama ada secara lansung atau tidak sebenarnya menjadi tujuan agama. Filem merupakan salah satu alat proses pembelajaran yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Malah usaha untuk mempromosikan filem Melayu berunsurkan agama dan menepati syariat dapat membantu melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Namun mutakhir ini, filem seram semakin menjadi tarikan dalam masyarakat Malaysia . Kebanjiran filem seram adalah cuma satu trend ketika masyarakat kita sedang menggemari kisah mistik, dunia hantu dan apa sahaja yang berkaitan dengan fantasi. Namun, ada sesetengah pihak yang menyifatkan bahawa lambakan filem seram boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan diri remaja Islam termasuklah memesongkan akidah, merendahkan minda, tidak membantu mutu filem dan sekadar menguntungkan penerbit.


UNSUR-UNSUR YANG WUJUD DALAM FILEM SERAM

Perbomohan
Setelah diteliti, didapati bahawa unsur perbomohan di dalam filem ‘khurafat’ adalah merupakan unsur yang paling utama dan menonjol dan ia merupakan salah di sisi hukum syarak serta bertentangan dengan akidah.
Di dalam filem ini, unsur perbomihan ditonjolkan ketika mana Johan membomohkan Anna (bekas kekasihnya), bagi mendapatkan perhatian dan rasa tercabar di atas penolakan Anna terhadap dirinya sebelum ini. Johan mendapat khidmat bomoh dengan mengenakan minyak senyonyong/minyak dagu yang diperolehi daripada seorang mayat lelaki. Bomoh tersebut mengingatkan Johan bahawa roh yang terdapat dalam badan Anna adalah daripada mayat lelaki tersebut.
Oleh itu, unsur perbomohan di dalam filem ini adalah menyalahi dengan etika perbomohan Islam yang sebenar serta hukum syarak dan telah bertentangan dengan akidah Islam. Selain itu, terdapat juga unsur-unsur penggunaan jampi serapah oleh bomoh yang tidak dapat difahamai makna bacaannya. Dalam filem tersebut, semasa ritual pemujaan dijalankan, bomoh tersebut akan embaca mantera dan jampi yang bertujuan menyeru “benda” yang dibelanya bagi meminta bantuan dalam menjayakan agenda mereka itu.
Dalam Islam, jampi yang dibenarkan adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya atau apa sahaja yang sabut dengan al-Sunnah, jampi yang digunakan juga mestilah dalam Bahasa Arab dan diketahui maknanya. Selain itu, ia juga tidak boleh beriktikad bahawa jampi itu memberi kesan manfaat dengan sebab dirinya sendiri, bahkan wajib beriktikad ia dengan takdir Allah S.W.T. jampi yang diharamkan ialah jampi yang mengandungi doa atau permintaan dan minta perlindungan dengan makhluk selain Allah S.W.T. ataupun jampi yang disebut nama-nama syaitan. Begitu juga haram jampi yang mana penjampinya/bomoh beriktikad bahawa jampi itu mempunyai kuasanya sendiri tanpa keizinan Allah S.W.T.

Khurafat Dan Tahyul
Unsur-unsur khurafat dan tahyul ini jelas dalam filem “khurafat” dan “sumpahan kum-kum”. Dalam filem khurafat, unsur khurafat yang jelas dapat dilihat adalah ketika mana watak Johan yang perlu menghantar jenazah Anna (bekas kekasihnya) yang mati kerana membunuh diri ke kampung. Dalam perjalanan penghataran jenazah tersebut, tiba-tiba radio yang sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran terhenti, sejurus itu, pemandu van tersebut menoleh ke belakang dan mendapati jenazah Anna berada disebelahnya dan mengakibatkan kemalangan. Setelah kematian tersebut, Johan dikejar oleh Anna bagi menuntut janji Johan untuk bersamanya.
Unsur-unsur khurafat dalam filem ini mampu memomokkan pemikiran penonton bahawa setiap jenazah atau mayat individu yang telah meninggal dunia boleh dihidupkan semula. Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan masyarakat takut mendekati jenazah dan menyakini bahawa setiap jenazah yang meninggal akibat disihir akan menjadi pocong bagi menuntut bela.
Begitu juga dalam filem Sumpahan Kum-Kum yang mana Mila menemui Mak bagi menghilangkan jerawat-jerawat di mukanya kerana malu dengan ejekan rakan-rakan di tempat kerjanya. Setelah itu Mak Mah mandikan Mila dengan air bunga dan kemudiannya memasukkan susuk di mukanya dengan syarat Mila tidak melihat cermin selama 44 hari. Semua amalan-amalan ini adalah bertentangan dengan apa yang diajarkan di dalam Islam. Islam mengajar umatnya bahawa setiap hajat atau pertolongan hendaklah dipohon kepada Allah. Malahan, dituntut untuk berusaha dan berikhtiar untuk mengubati penyakit yang dialami, akan tetapi haruslah menepati garis panduan syarak dan tidak menyekutu Allah dengan sesuatu.

Menyeru Roh Atau Hantu
Amalan dalam menyeru roh dan hantu sebenarnya bukanlah datang daripada si mati, tetapi ia adalah merupakan seruan kepada jin. Hal ini adalah disebabkan jin boleh menyerupai dan memasuki badan manusia serta mengeluarkan suara-suara tertentu dan aneh, seperti yang dapat dilihat dalam filem Nangkrong. Iaitu ditonjolkan adegan bomoh handal yang telah ditemui oleh Aman, Bada dan Cumi dengan menyeru “Puteri Laut” bagi memperolehi nombor ekor. Kebiasaan masyarakat pada hari ini gemar memohon bantuan melalui perantaraan seperti mana memuja kubur-kubur dan sebagainya bagi memperolehi kepentingan dan tujuan tertentu.

KESIMPULAN
Secara umum, filem mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan manusia. Dengan kewujudan pelbagai genre filem maka penerbit dapat berkarya untuk menyampai mesej dan idea-idea pemikiran mereka. Di Malaysia, kecenderungan industri filem menerbitkan filem seram telah banyak memberi implikasi kepada masyarakat. Rata-rata filem tersebut memaparkan unsur-unsur syirik yang boleh mengoyah akidah umat Islam. Walaupun tidak dinafikan, melalui filem mereka memperoleh banyak ilmu dan maklumat-maklumat baru yang tidak diketahui oleh mereka.

Namun, peratusan yang dicatatkan berkaitan dengan pengaruh filem seram ke atas penonton khususnya remaja adalah tinggi. Remaja cenderung untuk terpengaruh dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah dan pembangunan diri mereka. Ini kerana mereka sentiasa dimomokkan dengan situasi yang menakutkan dalam kehidupan seharian mereka seperti watak penonjolan hantu di bilik mandi, di kawasan perkuburan, kemunculan pocong-pocong dalam menuntut janji, dendam dan sebagainya.

Kesimpulannya, filem seram memberi pengaruh yang kuat kepada penonton sama ada kepada akidah dan pembangunan diri mereka. Oleh kerana itu, tontonan filem seram perlu diambil perhatian oleh semua pihak supaya isu syirik contohnya tidak lagi dipaparkan di dalam filem kerana ia merosakkan akidah dan melemahkan iman modal insan yang bakal menyumbang untuk pembangunan negara pada masa akan datang.

Integrasi Budaya Dalam Perayaan (Konsep Hubungan Sesama Manusia)



Malaysia berasal daripada kerjaan-kerajaan melayu yang wujud di kawasan yang dari abad ke-18, menjadi tertakluk kepada empayar British. Wilayah-wilayah Semenanjung Malaysia telah mula bersatu sebagai Malayan Union pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Malaya bersatu dengan borneo utara, sarawak, dan singapura dikeluarkan dari Persekutuan. Oleh itu, Malaysia kini terdapat pelbagai agama dan budaya yang tersendiri seperti Agama Islam, Agama hindu, Agama Budha dan Agama Kristian.

Agama Islam
Agama Islam dianuti oleh orang-orang Melayu dan majoriti Bumiputra. Selain itu, agama islam mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Agama Islam turut merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Qurban dan juga hari Keputraan Nabi Muhammad. Tambahan pula, agama islam berpuasa di bulan Ramadhan dan orang Islam tidak memakan khinzir dan anjing.

Agama Budha
Agama budha dianuti oleh orang majoriti kaum cina. Selain itu, agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di india. Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu Cina, hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. Masyarakat buddha mempercayai nasib kehidupan semula selepas kematian. Selain itu, mempercayai nasib dan tuah yang yang disebut sebagai ‘ong’ dan juga ‘feng shui’.

Agama Hindu
Agama hindu dianuti oleh majoriti kaum india. Agama ini mengamalkan kepercayaan dewa-dewi. Masyarakat hindu merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta ponggal. Selain itu, mereka turut mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Selapas itu, mereka turut mempercayai Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.

Agama Kristian
Kebayakkan masyarakat agama kristian dianuti orang-orang cina, india dan bumiputra bukan islam yang lain. Mereka mengamalkan kepercayaan kepada Nabi isa sebagai anak tuhan yang digelar jesus kristus. Selain itu, masyarakat ini merayakan Hari krismas, Hari esther dan tahun baru. Masyarakat kristian beramal atau bersembahyang di gereja.


Dengan ini, Malaysia juga banyak perayaan yang ada dibumi Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi. Semua sambutan menandakan semeraknya nilai kemaufakatan, perpaduan dan keharmonian. Perang di alam maya sewaktu perayaan sewjarnya dijadikan pengajaran kepada yang sudah lama berkecimpung dalam politik. Emosi adalah keatas mood kepercayaan  dan ia boleh mengganggu kepercayaan ke atas sesetengah dari mereka yang cuba engambil kesempatan untuk meneruskan tradisi kebenciansesama ummah dan dalam kalangan masyarakat secara umum. Perayaan adalah salah satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan perpaduan. Kewajaran menjadikan perayaan sebagai alat integrasi yang boleh deperkukuhkan secara berterusan untuk memobilasi sokongan agar perpaduan sebagai rakyat malaysia yang bangga dengan amalan ini tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati nilai-nilai perkongsian bersama.